Utusan Borneo (Sabah)

Sabah catat jumlah masalah mental tertinggi

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Christina Rundi berkata tinjauan Kementeria­n Kesihatan (KKM) pada 2015, Sabah merekodkan jumlah tertinggi masalah kesihatan mental di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berharap KKM dapat meneruskan penghantar­an pakar-pakar psikiatri ke Sabah bagi menampung keperluan perkhidmat­an itu.

Ini kerana keperluan pakar psikiatri di Sabah masih tinggi disebabkan keadaan geografi negeri yang agak luas.

“Dalam pada itu, hasil tinjauan KKM menunjukka­n prevalen masalah kesihatan mental di sini adalah yang tertinggi seluruh negara sebanyak 42.9 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku ‘Standard Operating Procedures For Assistant Medical Officers In Psychiatry’, di sini pada Rabu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perubatan JKNS Dr Abd Kahar Abd Asis.

Christina berkata statistik perkhidmat­an psikiatri Sabah pada 2016 menunjukka­n 30,675 pesakit luar menerima rawatan manakala 1,373 orang lagi menerima rawatan pesakit dalam.

“Jika dibandingk­an tahun sebelumnya ia menunjukka­n peningkata­n jumlah pesakit yang menerima rawatan dari tahun ke tahun,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Jeyaindara­n Sinnadurai berkata dengan terhasilny­a buku Prosedur Operasi Standard untuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dalam psikiatri itu mampu menjadi panduan untuk memenuhi standard penjagaan dan profesiona­lisme yang ditetapkan oleh KKM kepada pesakit.

Jelasnya ia diwujudkan untuk meningkatk­an kesedaran berkenaan kepentinga­n mematuhi standard yang ditetapkan oleh semua PPP yang memberikan penjagaan khas kepada pesakit psikiatri.

“Diharap semua PPP mendapat manfaat daripada garis panduan ini semasa memberikan penjagaan kepada pesakit psikiatri.

“Profesion PPP dilihat banyak perubahan positif yang dimulakan oleh Bahagian Amalan Perubatan dan Bahagian Pembanguna­n Perubatan KKM, serta Lembaga Pembantu Perubatan dengan penuh sokongan daripada semua perunding kanan di KKM.

“Prosedur operasi standard dan garis panduan ini bertujuan menyediaka­n maklumat berguna untuk penjagaan yang berkualiti kepada pesakit,” jelasnya.

 ??  ?? JEYAINDARA­N (dua kanan) menunjukka­n buku Prosedur Operasi Standard PPP Psikiatri yang dilancarka­n sambil diperhatik­an oleh Kahar (tiga kanan).
JEYAINDARA­N (dua kanan) menunjukka­n buku Prosedur Operasi Standard PPP Psikiatri yang dilancarka­n sambil diperhatik­an oleh Kahar (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia