Utusan Borneo (Sabah)

Rogol gadis bawah umur: Lelaki kekal dipenjara 8 tahun, sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabka­n kematian seorang penunggang motosikal.

Datu Abd Wahab Datu Jamalul, 50, yang didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, mengaku tidak besrsalah di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Tertuduh melakukan kesalahan itu hingga menyebabka­n kematian Nursin Saalok, 27, pada 16 September 2016 jam 9.10 malam, di Jalan Tuaran ByPass, Kalansanan, Inanam, di sini.

Mahkamah menetapkan pada 28 Mac untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, yang diberikan ikat jamin sebanyak RM2,400 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan.

Afiq juga memeritahk­an agar lesen memandu tertuduh diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Sementara itu, lapan individu antaranya seorang warga asing dikenakan denda kerana memandu dalam keadaan mabuk, selepas mereka mengaku bersalah.

Park Donghyun, 36, dikenakan denda RM1,800, manakala Benny Calven George, 37, dan Chong Kah Hee, 29, masing-masing didenda RM1,300.

Wong Khen Tshung, Kamlo Pinggu, dan Chang An Khay, 21, didenda RM1,500. Jared Ho Sin Kee, 39, dan Rayndra Jubidi, 30, dikenakan denda RM1,800 dan RM2,000.

Jika gagal membayar denda itu, mahkamah memerintah­kan penjara selama tiga bulan dikenakan.

Semua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 45A (1) akta sama, didapati memandu dalam pengaruh alkohol, pada 1 Januari hingga 4 Mac di Jalan Coastal, di sini.

Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi melakukan semua pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia