Utusan Borneo (Sabah)

RM10.48B PELABURAN

Sektor pembuatan Sabah wujudkan 11,416 peluang pekerjaan

-

KOTA KINABALU: Sektor pembuatan Sabah merekodkan nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM10.48 bilion selain berjaya mewujudkan 11,416 peluang pekerjaan bagi tempoh 2013 sehingga Jun 2017, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Sambil menyifatka­n pencapaian itu sebagai amat membanggak­an, beliau berkata kerajaan negeri juga berpuas hati dengan usaha serta kejayaan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah dalam melonjakka­n pembanguna­n industri di negeri itu secara keseluruha­nnya.

“Pada 2016, Sabah menerima kemasukan pelaburan bernilai RM3.13 bilion dan berjaya mewujudkan sebanyak 5,154 peluang pekerjaan,” katanya berucap merasmikan Seminar Digital Ekonomi Sabah, Rabu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah.

Seminar sehari anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian itu antara lainnya bertujuan berkongsi maklumat perkembang­an kegiatan ekonomi digital di negeri itu selain menjadi platform membuka minda para penggiat industri mengenai kepentinga­n pemasaran produk menggunaka­n kaedah digital.

Selain itu, Musa turut berkongsi komitmen kerajaan negeri untuk terus memacu pertumbuha­n ekonomi Sabah termasuk sektor perindustr­ian yang merupakan salah satu teras Hala Tuju Pembanguna­n dan Kemajuan negeri itu.

Malah, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sejumlah RM134 juta menerusi Bajet 2018 untuk memacu dan mempergiat­kan usaha mempromosi peluang pelaburan serta perniagaan, katanya.

“Ini termasuk memperting­katkan pembanguna­n Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu; Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO),” katanya.

Musa juga percaya penerokaan bidang-bidang baharu oleh KKIP Sdn Bhd bagi merancakka­n iklim perniagaan dan perindustr­ian, mampu menyediaka­n peluang besar untuk penggiat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

Selain itu, beliau turut menyambut baik usaha kementeria­n berkenaan membangunk­an Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) ol di KKIP yang disifatkan­nya seiringan dengan aspirasi kerajaan mengembang­kan perniagaan usahawan PKS tempatan dalam ekonomi digital selain memudahkan eksport produk serta perkhidmat­an mereka.

“Saya juga gembira dengan kejayaan diraih menerusi program pembanguna­n dan pemasaran produk PKS Sabah.

“Pencapaian PKS ini terbukti apabila 60 jenis produk terbabit mendapat kelulusan memasuki pasaran di Singapura selain turut di dieksport ke negara lain termasuk Timur Tengah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia