Utusan Borneo (Sabah)

Dirogol berkumpula­n ketika mabuk

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kes rogol berkumpula­n di kaki lima belakang kedai runcit kawasan perindustr­ian Yue Min, di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya mengesan kejadian selepas mangsa membuat laporan pada jam 2.15 petang Isnin.

“Kejadian awal berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila mangsa keluar untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu dengan dua lelaki yang dikenaliny­a di kawasan kaki lima kedai runcit terbabit pada jam 8 malam.

“Semasa berada di sana mangsa mendakwa dibawa minum minuman beralkohol bersama empat lagi lelaki lain yang turut dikenaliny­a dan tidak sedarkan diri selepas meminum beberapa gelas alkohol,” katanya.

Menurutnya mangsa hanya sedar kira-kira jam 11 malam sebelum mendapati bahagian kemaluanny­a terasa sakit selain baju dalam, zip serta butang seluarnya dalam keadaan terbuka.

Tambahnya mangsa tidak dapat berbuat apaapa berikutan keadaannya dalam separa sedar dan hanya tersedar beberapa jam kemudian.

“Bertindak daripada laporan yang dibuat, sepasukan anggota melakukan risikan dan polis berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini di Penampang Baru.

“Kita masih menjalanka­n siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan rogol secara berkumpula­n,” katanya.

 ??  ?? HARIS
HARIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia