Utusan Borneo (Sabah)

SMK Kemabong laksana Rimup, kongsi pengalaman menarik

SMK Kemabong laksana program Rimup

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

MENERAPKAN nilai perpaduan dan integrasi dalam program sekolah adalah satu bentuk pendidikan secara tidak formal yang boleh membantu mewujudkan kesejahter­aan kaum.

Ia boleh terjalin melalui aktiviti berfokuska­n perkongsia­n pengalaman sesama pelajar mahupun dalam kalangan guru semasa menjalanka­n aktiviti di sekolah.

Di samping itu, adalah dipercayai bahawa penglibata­n pelajar dalam program sebegini mampu mencetus nilai-nilai positif dalam diri pelajar khususnya semangat kerjasama, tanggungja­wab, keyakinan, berdikari dan seterusnya nilai kepimpinan yang dipraktikk­an semasa program. Selain itu, ia bertindak sebagai pemangkin memupuk semangat cinta akan negara dan memelihara perpaduan kaum dalam negara.

Selain itu, pelajar juga berpeluang mengetenga­hkan potensi diri mereka sekaligus berkongsi maklumat sesama peserta yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

Asasnya, perkara utama dalam usaha ini adalah memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri pengalaman menyertai aktiviti-aktiviti integrasi yang dikendalik­an oleh guru-guru sekolah.

Menyedari hakikat ini, maka Unit Kokurikulu­m SMK Kemabong, Tenom melaksana Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) bagi memberi peluang kepada pelajar berkongsi pengalaman menarik melalui aktiviti terancang dan selamat dengan harapan agar memperoleh nilainilai postitif yang boleh menyumbang kepada perkembang­an diri, keluarga, bangsa dan negara.

Antara matlamat utama progam ialah memupuk nilai integrasi dalam kalangan pelajar sekolah yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama.

Di samping berkongsi pengalaman, Rimup juga bertujuan meningkatk­an kemahiran, aspek pengetahua­n dan keyakinan pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang, berkeyakin­an, bertanggun­gjawab dan boleh dijadikan model kepada murid lain. Namun apa yang utama, Rimup memupuk perpaduan kaum serta menyemarak­kan semangat patriotism­e dalam kalangan warga sekolah.

Program itu disertai seramai 1,564 pelajar dan 113 staf sekolah. Dengan menyelitka­n tema Sambutan Tahun Baharu Cina 2018, banyak aktiviti berstesen disertai oleh pelajar di bawah kendalian guru-guru penasihat persatuan, kelab akademik dan Persatuan Tingkatan Enam (PTEM).

Aktiviti dimulakan dengan Ceramah Keselamata­n dan Pengurusan Risiko seawal jam 7.30 pagi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan pelbagai aktiviti berkonsepk­an pertanding­an berkumpula­n. Antaranya ialah pertanding­an kolaj limau, pertanding­an tarian kipas, membina tanglung angpau, merekacipt­a cheongsam daripada kertas, puzzle game dan pelbagai acara sukaneka yang menarik penglibata­n ramai pelajar.

Kemuncak aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh pelajar pada hari itu ialah kehadiran Persatuan Tarian Singa Kemabong yang mempamerka­n persembaha­n cukup dramatik. Sebelas pasang singa yang dijemput khas itu turut dimainkan oleh kebanyakka­n pelajar SMK Kemabong dari etnik Murut dan Lundayeh.

Ia membuktika­n bahawa aktiviti tarian singa amat diminati dalam daerah berkenaan sekaligus menjadi medium yang menyemarak­kan lagi perpaduan kaum di situ.

Selepas acara pelajar selesai, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti berkumpula­n yang terdiri daripada guru-guru dan staf sekolah seperti pertanding­an menulis kaligrafi, memotong dan menghiasi limau, membina tanglung serta merekacipt­a hiasan dinding melalui teknik lipatan dan guntingan.

Aktiviti yang julung kali diadakan itu telah berlangsun­g dengan meriah sekaligus mencapai objektif berkonsep integrasi dalam kalangan pelajar dan guru.

Dua pelajar yang ditemui, Junaidi Jurim dan David Wong (Tingkatan 4 Intelek) amat teruja dengan program yang disertai di mana banyak aktiviti yang dijalankan telah disertai oleh pelajar dari pelbagai etnik.

Pelajar saling bekerjasam­a dengan cemerlang dalam semua aktiviti tanpa mengira perbezaan ras dan agama. Malah, komunikasi berkesan berjaya mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pelajar, kata mereka.

Mereka turut melahirkan rasa bangga dan gembira dapat sama-sama meraikan Tahun Baharu Cina di sekolah berkenaan.

Program Rimup SMK Kemabong itu telah mencapai objektif yang diharapkan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Lian Fee Choo.

Dalam ucapannya, beliau

berharap agar program itu akan menjadi pemangkin dalam memupuk perpaduan serta integrasi yang berterusan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

“Perpaduan yang kukuh akan mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, selamat dan kondusif sepenuhnya,” katanya.

Beliau menyampaik­an ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah khususnya AJK pengelola atas kejayaan program yang dijalankan.

Beliau turut menyatakan harapan bahawa program seumpama itu akan dijadikan sebagai program tahunan dengan menggunaka­n kepelbagai­an tema kebudayaan etnik-etnik tempatan.

Di samping berkongsi pengalaman, Rimup juga bertujuan meningkatk­an kemahiran, aspek pengetahua­n dan keyakinan pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang, berkeyakin­an, bertanggun­gjawab dan boleh dijadikan model kepada murid lain. Namun apa yang utama, Rimup memupuk perpaduan kaum serta menyemarak­kan semangat patriotism­e dalam kalangan warga sekolah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PARA peserta pertanding­an reka cipta cheongsam menggunaka­n hasil barangan terpakai. (Gambar kanan) AKTIVITI menghias limau yang disertai para guru.
(Gambar atas) PARA peserta pertanding­an reka cipta cheongsam menggunaka­n hasil barangan terpakai. (Gambar kanan) AKTIVITI menghias limau yang disertai para guru.
 ??  ?? LIAN (tengah) dan barisan AJK SMK Kemabong merakamkan album kenangan bersama Persatuan Tarian Singa Kemabong.
LIAN (tengah) dan barisan AJK SMK Kemabong merakamkan album kenangan bersama Persatuan Tarian Singa Kemabong.
 ??  ?? MENCIPTA muzik daripada bahan terbuang.
MENCIPTA muzik daripada bahan terbuang.
 ??  ?? PESERTA Pertanding­an Kolaj.
PESERTA Pertanding­an Kolaj.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia