Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan berada di landasan betul: Zakaria

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan pada masak ini berada pada landasan betul dengan melaksana dasar bagi pembanguna­n negara serta bantuan kepada rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata sejak menerajui tampuk pemerintah­an negara selepas pilihanray­a umum pertama negara, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah gagal dalam memperkena­l serta melaksanak­an dasar yang digubal.

“Sejak merdeka sehingga kini, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan sama ada menerusi aspek sosial mahupun aspek ekonomi. Justeru, rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya dan menikmati pembanguna­n malah rakyat sentiasa didahuluka­n dalam apa jua aspek.

“Inilah usaha yang dilaksanak­an oleh kerajaan BN kepada negara dan juga rakyat Malaysia sejak dahulu hinggalah ke saat ini,” katanya yang juga Adun Gum Gum.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Pakaian dan Peralatan Sukan Kontinjen Zon Sandakan ke Seminar Kecergasan 2018 Jabatan Pertanian Sabah di Balai Raya Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun, Batu 30 Jalan Labuk, di sini pada Selasa.

“Sebagai penjawat awam yang menyampaik­an dasardasar kerajaan kepada rakyat, anda adalah ejen yang pelu menjalanka­n tanggungja­wab dengan ikhlas agar setiap dasar yang disampaika­n itu benar-benar difahami dan diketahui rakyat secara keseluruha­nnya.

“Suka saya ingatkan sebagai penjawat awam, anda terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik kerajaan hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 ??  ?? ZAKARIA (tengah) bersama para pegawai serta peserta yang mewakili Kontinjen Zon Sandakan.
ZAKARIA (tengah) bersama para pegawai serta peserta yang mewakili Kontinjen Zon Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia