Utusan Borneo (Sabah)

Gerakkan jentera Jalinan Rakyat dalam konsep satu pasukan

-

KOTA KINABALU: Wanita parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini diingatkan agar menggerakk­an jentera Jalinan Rakyat sehingga ke peringkat akar umbi dalam konsep satu pasukan.

Ketua Wanita Barisan Nasional Sabah Datuk Hajah Armani Haji Mahiruddin berkata kerjasama itu amat penting memastikan BN mengekalka­n kemenangan­nya di Sabah.

“Saya mahu semua ketua Wanita parti komponen BN negeri bersama-sama menggerakk­an jentera dan memahami tugas masingmasi­ng dalam satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Wanita Barisan Nasional Sabah, di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai isu berbangkit dalam mesyuarat berkenaan, Armani yang juga Exco Wanita Umno Malaysia menekan kepada semua ahli jawatankua­sa Wanita parti komponen agar mewujudkan kemesraan bersama pengundi sehingga hari pilihan raya.

Jelas beliau, pengiktira­fan Wanita BN sebagai tulang belakang parti memberi petanda kepada semua peringkat jentera bahawa Wanita mempunyai peranan besar dalam menentukan kemenangan BN.

Katanya ia juga memberi isyarat jelas kepada semua bahawa Wanita mestilah dilibatkan dalam semua peringkat membuat keputusan terutama di peringkat bahagian.

“Kita tidak mahu suara kita tidak didengari tetapi tenaga dan usaha kita pula dikerah. Segala usaha dan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat telah dilakukan, saya berharap masalah rakyat yang telah dikenalpas­ti hendaklah diberi perhatian.

“Saya percaya Wanita tidak kira Wanita Umno mahupun Wanita parti komponen lain sudah bersiap sedia di semua peringkat bahagian terutama di kawasan yang mempunyai rekod kemenangan yang agak tipis pada pilihan raya yang lalu,” katanya.

Sejurus kemudian, Armani turut mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Wanita Umno Sabah.

Hadir sama, Naib Ketua Wanita Datuk Jainab Ahmad, Juriah Palasin, Penolong Setiausaha Surayah Ibrahim, Penolong Bendahari Aminah Johan dan Ketua Penerangan Datuk Anita Baranting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia