Utusan Borneo (Sabah)

PPM tahan pemandu lori

Rampas barangan terlarang, termasuk ubat-ubatan dan kosmetik

- Oleh YUSOP TEPPO PPM Sandakan menunjukka­n ubat-ubatan dan kosmetik yang dirampas.

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan setelah didapati membawa muatan dalam lori iaitu barangan ubat-ubatan dan kosmetik terlarang di tepi jalan raya Kampung Bokara, di sini, petang Selasa.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata turut dirampas bersama suspek berumur 49 tahun ialah ubatubatan dan kosmetik dengan anggaran nilai keseluruha­n RM49,762.

Beliau berkata kira-kira jam 1.30 petang, PPM Sandakan diketuai seorang pegawai dan lima anggota menahan sebuah lori 2 tan yang dipandu oleh suspek, yang bergerak keluar dari Pelabuhan Sandakan disyaki membawa barangan terlarang.

Sejurus itu katanya, suspek bersama lori diiring ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk pemeriksaa­n lanjut dan menemui barang terlarang di ruangan simpanan barang lori terbabit.

Barangan yang dirampas adalah 18 kotak Mebendazol­e + Niciosamid­e + Levamisole Hydrochior­ide Hammer, empat kotak reload plus, 70 kotak Minerale for Veterinary, empat kotak Tincture of Benzalkoni­um Chloride, 48 kotak BComplex Vitamins and Mineral, 105 kotak Viminolale, lima kotak Levamisole Hydryochlo­ride + Praziquant­el, 13 kotak Zero Mite, 15 kotak Battlecock, 67 kotak Derby Pills, 34 kotak Multivitam­ins + Minerals, sembilan kotak Calveex Reformulat­ed Vitamins and Mineral, 260 kotak Bexan XP, 51 botol Vitamins B-12 dan sembilan kotak Tawas Cup Power.

“Kesemua ubat-ubatan dan kosmetik berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran Filipina dengan melalui feri dari Zamboanga, Filipina ke jeti Pelabuhan Sandakan,” katanya.

Yazib berkata kesemua baran ganyang dirampas tidak memiliki sijil Kementeria­n Kesihatan dan Farmasi.

Sehubungan itu, suspek bersama barangan rampasan dirujuk ke Jabatan Farmasi Cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut, kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Farmasi 1951.

 ??  ?? ANGGOTA
ANGGOTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia