Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kekal dipenjara lapan tahun, sebat

Kesalahan rogol gadis bawah umur

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kekal menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebat, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur.

Mohd Sudir Rohito, 24, bernasib baik apabila rayuan pihak pendakwaan diketepika­n tiga korum hakim Mahkamah Rayuan Tan Sir Idrus Harun, Puan Sri Zaleha Yusof dan Dato’ Rhodzariah Bujang.

Pada 2 Disember 2016, responden dikenakan penjara 13 tahun dan tiga sebat selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un pada 5 Mei tahun lalu, rayuan responden terhadap hukuman dibenarkan Mahkamah Tinggi, tempoh penjara dikurangka­n kepada lapan tahun namun sebatan dikekalkan.

Mohd Sudir merogol mangsa yang berusia 14 tahun pada waktu kejadian, pada 18 Oktober 2015 di sebuah taman permainan di sebuah kampung, Manggatal, di sini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Muhammad Azmi Mashud menyatakan responden pesalah pertama bukanlah melayakkan­nya mendapatka­n hukuman yang ringan.

“Kesalahan seksual salah satu masalah sosial dan kesalahan yang dilakukan serius,” katanya.

Beliau menggesa, walaupun hakim Mahkamah Tinggi melihat terdapat pesetujuan antara tertuduh dan mangsa, namun mangsa masih dibawah umur.

Dalam pada itu, ketiga-tiga korum hakim menyatakan peguam Ram Singh yang mewakili responden, tidak perlu menjawab hujahan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia