Utusan Borneo (Sabah)

40,000 kena strok setiap tahun MYSIR perlu latih lebih ramai radiologi intervensi rawat penyakit strok

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pertubuhan Neuroradio­logi I n t e r v e n si Malaysia( M Y SI R) menyasarka­n setiap hospital di negara ini mempunyai seorang ahli radiologi bagi merawat penyakit strok yang kini dilihat semakin meningkat.

Presiden MYSIR Dr Jeyaledchu­my Mahadevan berkata, dalam tempoh lima tahun ini, mereka berharap setiap hospital yang ada di seluruh Malaysia mampu menyediaka­n khidmat rawatan strok.

Untuk merealisas­ikan sasaran itu, MYSIR berusaha dengan agresif untuk melatih lebih ramai ahli radiologi intervensi supaya mereka boleh ditempatka­n di semua negeri secara berperingk­at.

“Buat masa ini, disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi, kami perlu melatih ahli radiologi sedia ada untuk merawat penyakit strok. Ini pilihan yang paling murah.

“Untuk melatih ahli radiologi intervensi, ia memerlukan tempoh tiga tahun dan kos melatih mereka juga agak tinggi, iaitu kira-kira RM100,000,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Persidanga­n ‘13th Asian-Australasi­an Federation of Interventi­onal & Therapeuti­c Neuroradio­logy’ (AAFITN) 2018, di sini pada Rabu.

Majlis perasmian berkenaan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Katanya, atas sebab itulah, bantuan kewangan diperlukan untuk melatih lebih ramai ahli radiologi intervensi dalam tempoh lima tahun ini.

Sehingga kini, di seluruh negara mempunyai 49 ahli radiologi dan tiada seorang pun yang ditempatka­n di Sabah.

Menurutnya, seorang ahli radiologi yang sedang menjalani latihan untuk menjadi radiologi intervensi merawat strok akan ditempatka­n di negeri ini apabila tamat latihan kelak.

Menyentuh tentang penyakit strok di Malaysia, beliau berkata setiap tahun terdapat 40,000 rakyat di negara ini

DR JEYALEDCHU­MY MAHADEVAN Presiden MYSIR

menghidap strok.

“Sekarang masyarakat di seluruh dunia mula sedar tentang penyakit strok dan ia menyebabka­n penyakit ini menjadi isu utama perubatan,” jelasnya.

Jeyaledchu­my berkata serangan penyakit strok dalam kalangan orang muda kebanyakan­nya disebabkan faktor gaya hidup dan tekanan kerja.

Beliau menasihatk­an manamana individu yang diserang penyakit strok supaya segera dihantar ke hospital atau dalam tempoh enam jam bagi membolehka­n proses pembuangan darah beku dapat dilakukan.

Untuk makluman, hampir 2/3 pesakit yang mendapat rawatan awal mampu sembuh daripada penyakit berkenaan.

Namun kos rawatan segera ini memerlukan hampir RM50,000. Ketika inilah, pengambila­n insuran memainkan peranan penting dalam pembiayaan kos rawatan.

Persidanga­n itu disertai oleh seramai 600 pengamal perubatan dari 17 negara.

“Untuk melatih ahli radiologi intervensi, ia memerlukan tempoh tiga tahun dan kos melatih mereka juga agak tinggi, iaitu kira-kira ” RM100,000

 ??  ?? PRESIDEN Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia Dr Amir Fuad Hussain (lima kanan) menerangka­n kepada Masidi (empat kanan) tentang teknologi perubatan yang digunakan sebagai simbolik perasmian persidanga­n itu, turut kelihatan Jeyaledchu­my (tiga...
PRESIDEN Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia Dr Amir Fuad Hussain (lima kanan) menerangka­n kepada Masidi (empat kanan) tentang teknologi perubatan yang digunakan sebagai simbolik perasmian persidanga­n itu, turut kelihatan Jeyaledchu­my (tiga...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia