Utusan Borneo (Sabah)

Festival Mahrajan ke-7 janji kelainan: Arifin

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Festival Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam Nusantara Ke-7 yang akan diadakan di Dewan Seri Wawasan, Pimping Membakut akan menampilka­n sedikit kelainan berbanding sambutan sebelum ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berkata festival kali ini yang dilangsung­kan selama empat hari yang bermula esok akan diisi dengan pelbagai program menarik antaranya ‘Audition AKSI ASIA TV Indosiar’ (Ujibakat Pendakwah Muda).

Katanya, selain itu terdapat juga Pertanding­an Seni Khat Spontan Borneo 2.0, Bengkel Seni Khat Islami Sabah 4.0 dan Nadwah Sastera Islam serta pameran daripada agensiagen­si Islam Sabah.

“Pada 10 Mac ini, kita akan mengadakan Malam Mahrajan Kesenian Islam yang disertai oleh beberapa negara dari Indonesia, Brunei Darulsalam, Singapura dan Thailand.

“Selain itu, kita turut menampilka­n beberapa artis seperti Datuk Ramli Sarip dan Fauziah Suhaili (Fauziah Gambus) pada malam itu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamanny­a di Kampung Pimping.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Adun Membakut berkata, bagi perasmian Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-7 yang diadakan pada Ahad ini dijadual dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

“Sebelum perasmian kita turut menyelitka­n satu program iaitu Bicara Sastera Belia ASEAN (BISAI) kemudian disusuli dengan acara perasmian kemudian penyampaia­n Anugerah Tokoh Mahrajan Nusantara.

“Pada hari perasmian juga kita akan melancarka­n buku Puisi Islam sempena Mahrajan kali ini,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita.
ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia