Utusan Borneo (Sabah)

Esscom tahan 30 PTI dalam Operasi Bersepadu

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 30 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Operasi Bersepadu yang diselarask­an oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), di sini pada selasa.

Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali, berkata operasi yang bermula pada jam 11.30 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu telah membuat pemeriksaa­n di kawasan rumah kongsi pekerja di salah sebuah kilang di Batu 4, Jalan Segama, kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar.

“Dalam operasi berkenaan, seramai 44 pekerja diperiksa dan daripada jumlah itu, 30 PTI ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Kesemua 30 PTI ditahan terdiri daripada 26 warganegar­a Filipina dan empat warganegar­a Indonesia berumur dalam lingkungan 3-52 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya kesemua tahanan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut, sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Hazani merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pasukan keselamata­n dan agensi penguatkua­sa yang terlibat menjayakan operasi berkenaan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan anggota penguatkua­sa pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, beliau berkata Esscom dengan motto ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk memperketa­t kawalan keselamata­n di perairan negara, terutamany­a di kawasan sempadan berhampira­n perairan Filipina dengan mengadakan operasi khas secara berterusan seperti Operasi Gasak laut (OGL) dan Operasi Bersepadu (OB)

“Ia bagi mengekang dan menghalang penjenayah rentas sempadan (KFR) dan penyeludup daripada menyusup masuk ke daerah ini,” katanya.

Jelasnya ia adalah usaha untuk memperting­katkan tahap keselamata­n di pantai timur Sabah sekaligus memberi keyakinan kepada semua pihak termasuk pelancong asing bahawa keadaan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) adalah terkawal.

 ??  ?? ANTARAyang­ditahandal­amoperasii­tuselepasg­agalmengem­ukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
ANTARAyang­ditahandal­amoperasii­tuselepasg­agalmengem­ukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia