Utusan Borneo (Sabah)

‘Dadah umpama jerangkap samar’

Ancaman dadah kini semakin rumit untuk diatasi

-

TAWAU: Masalah dadah sudah lama menjadi ancaman di negara ini, umpama jerangkap samar yang paling kerap terkena pada golongan remaja dan belia pada hari ini.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ancaman dadah masa kini semakin rumit untuk diatasi bukan disebabkan tidak mampu menanganin­ya tetapi terdapat perubahan dan kewujudan pelbagai jenis dadah yang sentiasa berkembang.

Katanya agenda pengedaran dadah sejagat adalah untuk mengaut keuntungan. Paling malang, aktiviti itu tidak mengira faktor bangsa, keturunan, latar belakang mahupun umur.

“Dadah ini dibawa masuk oleh ‘orang luar’ untuk menghancur­kan generasi muda kita dan juga negara kita, adalah amat mengecewak­an pihak yang melakukan tidak berhati perut sanggup mengadai nyawa orang lain demi kerana keuntungan yang merugikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Ikon AADK Tawau sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2018 di Dewan Serbaguna Kg Kalabakan, di sini pada Selasa.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata usaha

Dadah ini dibawa masuk oleh ‘orang luar’ untuk menghancur­kan generasi muda kita dan juga negara kita, adalah amat mengecewak­an pihak yang melakukan tidak berhati perut sanggup mengadai nyawa orang lain demi kerana keuntungan yang merugikan DATUK HAMISA SAMAT

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

menangani masalah dadah bukan sahaja ditumpukan kepada remaja dan belia, tetapi juga kepada seluruh anggota masyarakat setempat.

Hadir sama Pegawal Parol Bahagian Tawau Haris Martin, Ketua Daerah AADK Daerah Tawau Abd Gani Keruput, Ketua Kampung Kalabakan Imran Omar, dan Pengerusi JKKK Kalabakan Herman Saad.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama penduduk dan jawatankua­sa Program Jelajah Ikon AADK Tawau.
HAMISA bergambar kenangan bersama penduduk dan jawatankua­sa Program Jelajah Ikon AADK Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia