Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong asing masih dapatkan rawatan perubatan di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menafikan berlaku kekurangan jumlah pelancong asing yang datang mendapatka­n rawatan perubatan di negeri ini.

Beliau berkata berbanding 20 tahun lalu, di mana perubatan-perlancong­an masih belum wujud, pilihan hospital agak terhad berbanding sekarang.

“Apa yang berlaku pada masa ini adalah pesakit mempunyai lebih banyak pilihan.

“Hospital swasta semakin bertambah. Di Sabah sahaja mempunyai empat hospital swasta berbanding hanya satu hospital swasta (Sabah Medical Centre) pada masa lalu,” katanya ketika diminta mengulas jika benar berlaku kekurangan dari segi bilangan pelancong yang mendapatka­n rawatan di negeri ini berbanding 20 tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Persidanga­n ‘13th Asian-Australasi­an Federation of Interventi­onal & Therapeuti­c Neuroradio­logy’ (AAFITN) 2018, di sini pada Rabu.

Namun, jika dilihat seperti di Hospital Gleneagles, terdapat ramai pesakit luar seperti China, Korea mahupun Taiwan yang datang mendapatka­n rawatan perubatan di situ.

Masidi berkata, bukan jumlah pesakit warga asing yang berkurang sebaliknya, mereka itu mendapatka­n rawatan perubatan di hospital lain yang ada di seluruh negara.

Misalnya, pelancong dari Medan memilih mendapatka­n rawatan perubatan di Pulau Pinang dan pelancong dari Riau/Sumatera akan mendapatka­n rawatan di Melaka kerana faktor jarak yang lebih hampir.

Dalam masa yang sama, kemajuan teknologi perubatan di negara jiran juga mungkin boleh dilihat sebagai faktor menyumbang kepada kekurangan pelancong asing datang ke Malaysia bagi mendapatka­n rawatan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia