Utusan Borneo (Sabah)

107 individu disenarai dalam Daftar Kanak-Kanak

-

KUALA LUMPUR: Seramai 107 individu yang dihukum atas kesalahan berkaitan kanak-kanak telah disenarai dalam Daftar Kanak-Kanak, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu..

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata Daftar KanakKanak itu yang dilaksanak­an selaras penguatkua­saan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah bertujuan membekalka­n maklumat mengenai individu yang akan diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak seperti pengasuh, warden asrama dan pengusaha kantin.

Beliau berkata maklumat mengenai pesalah dan tindakan yang dikenakan terhadap pesalah diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta akan kekal dalam rekod yang bertujuan sebagai rujukan pihakpihak berkepenti­ngan yang memberi perkhidmat­an kepada kanak-kanak.

“Senarai pesalah di dalam daftar ini adalah sulit dan tidak akan diumumkan atau dipaparkan. Ia adalah usaha kepada majikan untuk memperting­katkan keselamata­n kanak-kanak,” katanya menjawab soalan Wong Chen (PKRKelana Jaya) yang ingin tahu bila kementeria­n berkenaan menguat kuasa Daftar Kanak-Kanak serta kriteriany­a.

Katanya, kesalahan yang direkodkan tidak hanya terhad kepada jenayah seksual semata-mata tetapi merangkumi pelbagai kesalahan lain seperti dera, menggunaka­n kanak-kanak untuk mengemis, perhimpuna­n jalanan serta membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sepatutnya.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia