Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah

-

SANDAKAN: Rakyat tidak harus memperjudi­kan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi Datuk Samsudin Yayha.

Beliau berkata hanya Barisan Nasional (BN) boleh memberikan kestabilan berterusan di negara ini.

Katanya BN adalah parti kukuh yang berjuang untuk seluruh rakyat, selain memastikan kesejahter­aan dan keharmonia­n masyarakat majmuk Malaysia. Peringatan itu bukan untuk menakutnak­utkan rakyat sebaliknya berdasarka­n fakta yang ada hubung kait dengan pembangkan­g.

“Di Malaysia, kita boleh lihat parti-parti pembangkan­g yang tiada perjuangan untuk rakyat, falsafah atau prinsip, malah menubuhkan parti baharu untuk kepentinga­n diri sendiri.

“Mereka mahu berkuasa sahaja. Antara mereka bergaduh siapa nak jadi perdana menteri, itu pun belum selesai lagi,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Mawar, di sini.

Samsudin yang juga Adun Sekong berkata melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Malaysia mencapai pelbagai kemajuan sejak lima tahun lalu.

Di majlis sama, Samsudin menyumbang­kan bantuan kewangan RM1,000 kepada pihak PIBG dan mengumumka­n sumbangan 100 kerusi plastik melalui peruntukan Adun untuk kegunaan sekolah.

Terdahulu, beliau melawat markas Pusat Daerah Mengundi Parlimen Batu Sapi dan Program Berselawat Bersama Syekh Rasyid Hafiz Masjid Wasatiyyah Batu Sapi.

 ??  ?? SALAH seorang pelajar menerima bantuan awal persekolah­an disampaika­n Samsudin.
SALAH seorang pelajar menerima bantuan awal persekolah­an disampaika­n Samsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia