Utusan Borneo (Sabah)

29 PRS MRSM jayakan Program Khidmat Masyarakat di SK Mesilou

29 PRS MRSM jayakan Program Khidmat Masyarakat di SK Mesilou

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Pelajar merupakan modal insan negara yang perlu dibangunka­n secara holistik dan seimbang.

Selain daripada kecemerlan­gan dalam bidang akademik, keupayaan mereka dari segi kemahiran generik juga perlu dititikber­atkan seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan dan inovasi sosial.

Demikian dinyatakan oleh pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat.

Bertepatan dengan hasrat itu, Unit Perkhidmat­an Bimbingan & Kaunseling (U P B K) M R S M Kota K ina balu telah menganjurk­an Program Khidmat Masyarakat (PKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mesilou Kundasang.

Program sehari itu dikendalik­an oleh Siti Roslina Mohammad Zain dan Jolifuliza­n Jais selaku kaunselor pelajar MRSM Kota Kinabalu melibatkan seramai 29 pelajar Tingkatan Tiga dan Lima yang merupakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi sesi akademik 2017/2018.

Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Kota Kinabalu berkunjung ke SK Mesilou dalam rangka program khidmat masyarakat yang bertujuan sebagai perkongsia­n ilmu dan kemahiran serta mempromosi­kan MRSM Kota Kinabalu sebagai pilihan bagi melanjutka­n pelajaran ke Tingkatan Satu.

Ibarat sirih pulang ke gagang, menariknya pada kali ini, dua pelajar yang terlibat merupakan bekas murid SK Mesilou Kundasang yang telah memperoleh 5A dalam UPSR.

Mereka ialah Jillian Clare Pairin dan Aisyah Nadia Rasimin yang kini sedang belajar dalam Tingkatan Lima dan Tiga di MRSM Kota Kinabalu.

Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan slot ‘pecah bendungan’ (Ice Breaking) dan seramai 80 murid SK Mesilou begitu teruja dan aktif melibatkan diri dalam kesemua aktiviti yang dijalankan.

Kebanyakan mereka merupakan calon UPSR 2018 dan pendedahan slot berikutnya yang memberi penekanan kepada bidang sains dan matematik secara tidak langsung telah menarik minat pelajar SK Mesilou dengan kedua-dua subjek berkenaan yang menjadi syarat utama kemasukan ke MRSM.

I Love Mathematic merupakan aktiviti yang membolehka­n pelajar SK Mesilou menggunaka­n kepakaran mereka untuk mengira dalam tempoh masa yang cepat.

Secara individu, murid berebut-rebut mencari kepingan-kepingan nombor yang telah ditampal oleh para ahli PRS di sekitar kawasan sekolah.

Dengan menggunaka­n operasi campur, tolak, darab dan bahagi, setiap murid perlu menjumlahk­an kepingan nombor yang diperolehi kepada jumlah 15 dan dikira berjaya menyelesai­kan aktiviti itu.

Manakala semasa aktiviti Science Is Fun pula, muridmurid dibimbing oleh Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Kota Kinabalu mencipta roket yang mampu terbang dengan menggunaka­n campuran tertentu dan seterusnya pertanding­an diadakan bagi mencari pemenang kumpulan.

Selain itu, pendedahan tentang syarat dan kriteria kemasukan ke MRSM juga telah diberikan kepada muridmurid SK Mesilou iaitu mereka perlu memperoleh sekurangku­rangng 4A 2B dalam UPSR dengan keputusan A dalam subjek Sains dan Matematik.

Majlis perasmian penutup program disempurna­kan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Mesilou Syam Syariff.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan amat bersyukur kerana MRSM Kota Kinabalu memilih SK Mesilou sebagai lokasi pelaksanaa­n program dan berharap agar program seumpamany­a dapat dilaksanak­an pada masa akan datang.

Beliau juga amat kagum dengan cara pelajar MRSM mengendali­kan program itu dengan penuh kreativiti dan segala aktiviti telah berjaya merangsang minat belajar dalam kalangan murid-murid SK Mesilou.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an bantuan beras hasil sumbangan pelajar MRSM kepada 20 murid terpilih di sekolah berkenaan.

Selain lokasi di SK Mesilou, pihak MRSM juga berkesempa­tan berkunjung ke Rumah Putera Harapan Ranau (RPHR) iaitu rumah anak yatim yang diurus oleh pihak organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaik­an sumbangan beras.

Sementara itu, rombongan MRSM Kota Kinabalu turut mengadakan lawatan ke beberapa destinasi menarik di sekitar Kundasang dan Ranau termasukla­h pusat ternakan lembu tenusu di Desa Farm di Mesilou, Taman Peringatan Perang Dunia Kedua, pekan Ranau dan sebagainya.

Untuk rekod, MRSM Kota Kinabalu baru sahaja selesai menerima kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu pada 5 Februari 2018 lalu.

 ??  ?? PEMBIMBING Rakan Sebaya MRSM Kota Kinabalu bergambar kenangan bersama Siti Roslina Mohd Zain dan Jolifuliza­n Jais (belakang, tengah) serta murid-murid SK Mesilou Kundasang.
PEMBIMBING Rakan Sebaya MRSM Kota Kinabalu bergambar kenangan bersama Siti Roslina Mohd Zain dan Jolifuliza­n Jais (belakang, tengah) serta murid-murid SK Mesilou Kundasang.
 ??  ?? WAKIL PRS MRSM Kota Kinabalu Muhammad Akmal Hakim (dua kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada pihak rumah anak yatim Putera Harapan Ranau.
WAKIL PRS MRSM Kota Kinabalu Muhammad Akmal Hakim (dua kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada pihak rumah anak yatim Putera Harapan Ranau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia