Utusan Borneo (Sabah)

Mahu jadi seperti Safiq Rahim

-

WALAUPUN tidak cemerlang dalam akademik, Azil Abdullah, 8, tidak pernah putus asa tentang masa depannya.

Malah, sebahagian wang saku disumbangk­an Yayasan Nur Jauhar (YNJ) itu akan dijadikan sebagai tabungan untuk dia memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil demi mengejar impiannya menjadi bintang bola sepak negara seperti Mohd Safiq Rahim.

“Syukur dan terima kasih kerana ini kali pertama saya mendapat wang sumbangan sebesar ini, saya berjanji akan mencapai cita-cita seperti Mohd Safiq Rahim dan membanggak­an ibu bapa saya,” katanya.

Rakannya, Fatehah Nur Aisyah Owais Al Karni, 9, juga seronok dengan sumbangan yang diterimany­a sekaligus memberi motivasi untuk dia belajar dengan lebih gigih lagi.

“Bapa saya adalah guru agama yang mengajar di sekolah ini, tetapi saya bercita-cita menjadi doktor dan ibu bapa saya merestui serta memberi sokongan,” katanya.

Sementara itu, Guru Pendidikan Islam Fazri Ali menyatakan lawatan serta sumbangan oleh isteri pemimpin nombor satu Sabah ke Sekolah Kebangsaan Loktohoq Pulau Banggi pada Selasa sangat dihargai.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu mengurangk­an beban para ibu bapa dalam menyediaka­n keperluan persekolah­an anak-anak.

“Lihat kegembiraa­n murid-murid ini, mereka teruja menunggu tetamu kehormat kemudian menerima pula wang saku, alat tulis dan makanan ringan,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Yayasan Nur Jauhar.

Pada majlis itu, Penasihat YNJ Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni menyampaik­an sumbangan kepada 111 pelajar di sekolah berkenaan.

 ??  ?? FATEHAH
FATEHAH
 ??  ?? AZRIL
AZRIL
 ??  ?? FAZRI
FAZRI
 ??  ?? MURID-MURID SK Loktohoq gembira dan teruja menerima kehadiran Norlidah.
MURID-MURID SK Loktohoq gembira dan teruja menerima kehadiran Norlidah.
 ??  ?? AZRIL bersalam dengan Norlidah ketika menerima sumbangan daripada YNJ.
AZRIL bersalam dengan Norlidah ketika menerima sumbangan daripada YNJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia