Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa bersatu ke arah benci rasuah

Program Jalinan Mesra SPR kerjasama antara SPR UMS dan SPR UPNM

-

KOTA KINABALU: Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (HEP UMS) dan Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengadakan program Jalinan Mesra SPR.

Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam pada 23 Februari hingga 25 Februari 2018 di sekitar Universiti Malaysia Sabah.

Program yang bermula dari aktiviti rundingan bulat dan berakhir dengan aktiviti rekreasi dan riadah berjaya dijalankan mengikut perancanga­n.

Program Jalinan Mesra SPR ini adalah satu aktiviti yang melibatkan kerjasama antara SPR UMS dan SPR UPNM dalam mengeratka­n hubungan disamping bertukar pandangan sesama organisasi masing-masing.

Kelebihan program ini dapat menambah pengetahua­n dan teknik-teknik agar dapat meningkatk­an pengetahua­n belia dalam menangani isu rasuah dan menjadi contoh kepada ahli-ahli SPR pada masa akan datang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina hubungan baik dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam menjalanka­n aktiviti pada masa akan datang serta berkongsi pengetahua­n yang diperoleh kepada para pelajar daripada kedua-dua SPR melalui penganjura­n program dan sebagainya.

Di samping itu, ianya juga menjadi platform untuk bertukar pandangan, cara pengurusan organisasi dan pengalaman dalam menjadikan sesebuah organisasi ke arah yang terbaik.

Pihak pengurusan universiti

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina hubungan baik dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam menjalanka­n aktiviti pada masa akan datang serta berkongsi pengetahua­n yang diperoleh kepada para pelajar daripada keduadua SPR melalui penganjura­n program dan ” sebagainya.

sentiasa menyokong kuat serta memuji usaha ahli-ahli SPR UMS dan SPR UPNM kerana sentiasa bergiat aktif dalam menyahut seruan membantera­s rasuah dan gigih dalam usaha mengadakan program demi menarik perhatian.

Program ini adalah salah satu cara Sekretaria­t Pencegahan Rasuah UMS untuk menyokong amanat Ketua Pesuruhjay­a SPRM dalam membantera­s rasuah dalam kalangan mahasiswa mahupun masyarakat bersempena dengan sambutan Jubli Emas Hari Ulangtahun yang ke 50 tahun SPRM.

Penyelaras Kelab SPR UMS, Ahirunnish­am Ahmad sentiasa menyokong serta mengambil berat keadaan ahli-ahli SPR UMS ketika program berlangsun­g.

 ??  ?? PESERTA program Jalinan Mesra SPR bergambar kenangan.
PESERTA program Jalinan Mesra SPR bergambar kenangan.
 ??  ?? SEKRETARIA­T Pencegahan Rasuah UMS.
SEKRETARIA­T Pencegahan Rasuah UMS.
 ??  ?? PESERTA program bergambar di hadapan Akuarium dan Muzium Marin UMS.
PESERTA program bergambar di hadapan Akuarium dan Muzium Marin UMS.
 ??  ?? DARI KAMPUS
DARI KAMPUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia