Utusan Borneo (Sabah)

Pesilat Kolej Kediaman Sri Angkasa sumbang perak dalam Silat Olahraga Inspirasi Pendekar

-

KOTA KINABALU: Kelab Silat Sri Angkasa (KSSA) memulakan sesi kalendar pengajian baru dengan menyertai Kejohanan Jemputan Silat Olahraga Inspirasi Pendekar PSGFM 2018.

Kejohanan ini adalah pertanding­an pertama yang disertai oleh KSSA bagi tahun ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Inspirasi Kota Kinabalu dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan berlangsun­g di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah.

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk meraikan Fiesta Belia Sepanggar 2018 pada tahun ini.

Seramai 6 pesilat KSSA mewakili KSSA dan empat orang pesilat memperoleh­i 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa dari kejohanan berkenaan.

Pingat perak disumbangk­an oleh Wan Azmie Daud (Kategori Putra F) dan Fredania Francis @ Dayangku Ambha Sofianna (Kategori Putri A) manakala pingat gangsa disumbangk­an oleh Mohammad Yazid Abdul Rashid (Kategori Putra B) dan Sharifah Nurfarahin Suhor (Kategori Putri B).

Kemenangan dan pegalaman yang diraih akan membuatkan altet UMS lebih bersedia menghadapi pertanding­an pada masa akan datang sekaligus dapat mengharumk­an nama UMS, menurut Prof. Dr Ismail Ali.

Menurut Pengetua Kolej Kediaman Sri Angkasa Wijaya Kamal Ramlan, kejohanan seperti ini adalah platform terbaik bagi mencungkil bakatbakat baru yang bukan sahaja boleh menjadi wakil kepada kelab tersebut tetapi juga dalam masa yang sama ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus mampu mengharumk­an nama universiti.

Kelab Silat Sri Angkasa seterusnya akan menyertai Kejohanan Jemputan Kejuaraan Silat Antarabang­sa UPSI ke 9 2018 (Piala Menteri Besar Perak) yang akan diadakan pada 20 hingga 25 Mac 2018 di Tanjung Malim, Perak.

 ??  ?? KSSA yang menyertai Kejohanan Jemputan Silat Olahraga.
KSSA yang menyertai Kejohanan Jemputan Silat Olahraga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia