Utusan Borneo (Sabah)

Program Integrity Hunt anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengadakan Program Integrity Hunt.

Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRM UMS) yang melibatkan penyertaan daripada mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.

Program ini dijalankan pada 3 Mac 2018 bertempat di Sekitar Universiti Malaysia Sabah. Terdapat 7 checkpoint dan tempat yang digunakan dalam Program Integrity Hunt ini antaranya ialah Anjung Siswa, Perpustaka­an, dataran Dewan Canselor dan juga sekitar fakulti.

Antara pengisian program di setiap checkpoint, peserta diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan fizikal dan juga mental.

Program ini dijalankan bagi mencapai objektif iaitu mendedahka­n info berkaitan rasuah melalui aktiviti-aktiviti dan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint.

Di samping itu, di akhir program ini semua peserta dapat mengetahui sedikit sebanyak pengetahua­n berkaitan sejarah penubuhan SPRM dan SPR UMS serta mengetahui tentang bahayanya rasuah ini agar tidak diamalkan dalam kehidupan dalam kampus mahupun di alam pekerjaan kelak.

Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Dr Ismail Ali berkata dengan penganjura­n program itu, SPR UMS berharap dapat menganjurk­an lagi program seperti ini pada masa akan datang dan melibatkan mahasiswa sebagai sasaran.

Beliau berharap semua mahasiswa menyedari kepentinga­n pencegahan rasuah dan bahaya rasuah dalam kehidupan serta bersama-sama membantera­s rasuah dan menjadi mahasiswa yang berintegri­ti selaras dengan tema program ini iaitu, Mahasiswa Bersatu, Integriti Padu.

Penyelaras SPRM UMS, Ahirunnish­am Ahmad dalam ucapannya berkata, program-seperti ini perlu dan seharusnya disertai oleh semua mahasiswa pada masa lapang agar dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Di samping itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan juga mengucapka­n syabas kepada semua Ahli jawatankua­sa program kerana berjaya menganjurk­an program seperti ini.

“Selain itu, program ini turut menerima respon dan maklumbala­s yang positif daripada semua peserta di mana mereka berharap bahawa program seperti ini perlu dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana bukan sahaja aktiviti ini menarik bahkan juga memberikan pengetahua­n kepada mereka,” katanya lagi.

 ??  ?? PESERTA program Integrity Hunt merakamkan gambar kenangan.
PESERTA program Integrity Hunt merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? PENYELARAS SPRM UMS ketika berucap pada program itu.
PENYELARAS SPRM UMS ketika berucap pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia