Utusan Borneo (Sabah)

UiTM Sabah diiktiraf cabang BSMM ke-23

- AJK BSMM Negeri Sabah menerima penghargaa­n daripada Kelab Sukan Tarian Xu Xiang sempena Tahun Baharu Cina.

KOTA KINABALU: Mesyuarat Exco Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Ke-3 bagi penggal 2017-2020 telah diadakan pada Ahad di mana 14 daerah BSMM Negeri Sabah telah hadir.

Pada mesyuarat kali ini, Pengerusi BSMM Negeri Asnan Yunus Chung telah menyerahka­n sijil penubuhan kepada UiTM Cawangan Sabah dan telah mengiktira­fnya sebagai salah satu cabang di dalam carta.

“Dengan pengiktira­fan itu, maka BSMM Negeri Sabah mempunyai 23 daerah atau cabang di seluruh negeri.

“BSMM Negeri Sabah adalah kita semua, yang mengambil tanggungja­wab terhadapny­a. Kebersamaa­n kita tanpa mengira bangsa dan agama akan menjadikan kita salah satu badan sukarelawa­n yang berjaya di masa hadapan.

“Segala pencapaian yang dikecapi oleh BSMM tidak mungkin dijayakan oleh saya sendiri tanpa gandingan bahu seluruh Ahli Lembaga Pengurusan BSMM, daerah dan cabang di seluruh Sabah,” katanya.

Melalui penganjura­n itu juga, Asnan berharap ia akan memberi peluang kepada pegawai dan ahli sukarelawa­n berkumpul serta beramah mesra.

“Bukan mudah untuk melaksanak­an sesebuah program, tetapi saya dapat melihat dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak BSMM Negeri Sabah telah berjaya melaksanak­an sambutan Tahun Baharu Cina 2018 yang julung kali diadakan pada tahun ini.

“Moga a payang kita fikirkan dan lakukan adalah salah satu tanggungja­wab masing masing untuk membangunk­an BSMM selari dengan tugas utama kita berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Di majlis itu, Setiausaha Kehormat BSMM Negeri Sabah Elizabeth Chin Sikayun turut merakamkan penghargaa­n kepada semua sukarelawa­n BSMM serta semua penderma yang bersama menjayakan sambutan berkenaan, iaitu Sabah Tour Guide Charity Team dan Kelab Sukan Tarian Xu Xiang (KSK) termasuk Leslie Chan Boon Siang selaku pengerusi penganjur.

Hadir sama, Ketua Pejabat Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) Kota Kinabalu Dominik Urban.

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama kesemua ketua-ketua BSMM dari daerah seluruh negeri Sabah.
GAMBAR kenangan bersama kesemua ketua-ketua BSMM dari daerah seluruh negeri Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? ASNAN (lima dari kiri) dan Elizabeth (tiga dari kiri) menggaul ‘yee sang’ bersama rakanrakan dari Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC).
ASNAN (lima dari kiri) dan Elizabeth (tiga dari kiri) menggaul ‘yee sang’ bersama rakanrakan dari Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia