Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Fotografi Pewarta-Benta Wawasan 2.0

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penggemar seni fotografi dipelawa menyertai Pertanding­an Fotografi Pewarta-Benta Wawasan 2.0 sempena Festival kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) 2018 yang dijadual berlangsun­g pada 24 Mac kelak.

Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) Shamry M Sani (gambar) berkata tema pertanding­an kali ini Etnik Kontempora­ri, Mengangkat Martabat Bangsa Malaysia.

“Tema ini dipilih kerana kita mahu semangat rakyat Malaysia mempertaha­nkan jati diri tanpa melupakan budaya dalam menghadapi arus globalisas­i ditonjolka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan medianya di sini pada Selasa dan mengesahka­n hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai RM5,400 menanti para pemenang.

Menurutnya tiga juri profesiona­l yang berpengala­man luas dan mempunyai reputasi besar akan didatangka­n khas dari Kota Kinabalu untuk mengadili pertanding­an itu.

“Selain hadiah utama, Anugerah Emas, Perak dan Gangsa serta tujuh hadiah saguhati, Anugerah Khas Pilihan Benta Wawasan akan sekali lagi diadakan,” katanya.

Shamry berkata anugerah khas itu pula akan diadili oleh Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd sebagai penghargaa­n Pewarta kerana sudi menaja pertanding­an itu sekali lagi.

Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Jabatan Penerangan Tawau, Wisma Persekutua­n atau Restoran Ikan Goreng TNT di Bandar Baru Fajar, sebelum tarikh tutup penyertaan pada 2 April 2018 (Isnin).

Untuk rekod, pertanding­an edisi keenam itu dianjurkan Pewarta dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) selepas diberikan hak penganjura­n semenjak 2012.

Tahun lepas, kesemua hadiah utama meliputi Anugerah Emas, Perak dan Gangsa dibolot oleh jurugambar yang juga pekerja industri cari gali minyak, Abdul Salam Kadirun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia