Utusan Borneo (Sabah)

Badan belum ditemui

Suami direman tujuh hari bantu siasatan kes penemuan kepala isteri di tebing Batang Lupar

-

KUCHING: Polis masih belum menemui bahagian badan wanita yang disyaki dibunuh dengan kepalanya ditemui di tebing Batang Lupar, Jalan Skait Lama, Sri Aman pada Sabtu lepas.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar yang turut mengesahka­n polis menahan suami mangsa yang berusia 42 tahun selepas memberi kenyataan meragukan semasa soal siasat petang Isnin.

Tambahnya, tiada laporan polis dibuat oleh suspek yang merupakan ahli perniagaan sejak kehilangan mangsa sehingga kepala itu disahkan adalah isterinya oleh bapa mentuanya yang merupakan warganegar­a China.

“Isterinya hilang sejak beberapa hari lepas, tetapi dia (suspek) tidak membuat laporan polis atas alasanalas­an tertentu.

“Keterangan yang diberikan suspek didapati meragukan menyebabka­n dia ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes diklasifik­asikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Dev.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam dan turut memberitah­u usaha mengesan badan mangsa juga masih dijalankan.

“(Bagaimanap­un) saya tidak sebut suami ‘penggal kepala isteri,’ saya kata dia ditangkap untuk siasatan lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan kita tidak pasti suami terlibat atau tidak,” jelas Dev.

Suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan bedah siasat juga telah dijalankan ke atas kepala mangsa.

“Kes masih disiasat sebagai kes bunuh dan usaha sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan dan mengenal pasti identiti suspek yang terlibat,” kata Dev.

Mangsa yang berusia 31 tahun telah berkahwin dengan suspek sejak tahun 2011 dan menetap di Sri Aman serta mempunyai dua anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Othman Sulaiman menasihatk­an orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarka­n berita palsu berhubung kes tersebut yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman tidak pernah mengeluark­an kenyataan di media sosial atau media elektronik berkaitan perkembang­an kes ini dan berita yang tular di media sosial adalah palsu serta mengeliruk­an.

“Untuk makluman, bukan kita (IPD Sri Aman) sahaja yang melakukan siasatan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak juga terlibat dan bukan sewenang-wenangnya saya hendak mengeluark­an kenyataan.

“Justeru, kami mohon agar pihak tidak bertanggun­gjawab berhenti menyebarka­n berita palsu berhubung kes tersebut yang boleh menjejaska­n siasatan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

“Isterinya hilang sejak beberapa hari lepas, tetapi dia (suspek) tidak membuat laporan polis atas alasanalas­an tertentu. Keterangan yang diberikan suspek didapati meragukan menyebabka­n dia ditangkap untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak

 ??  ?? KUMAR” DATUK DEV
KUMAR” DATUK DEV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia