Utusan Borneo (Sabah)

LTM tampung tiga juta penumpang menjelang 2019

-

MIRI: Projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) dijangka siap menjelang akhir 2019 dan mampu menampung sehingga tiga juta penumpang setahun, sekali gus membolehka­nnya memberi perkhidmat­an lebih selesa kepada penumpang domestik mahupun antarabang­sa.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek menaik taraf ini termasuk ruang balai berlepas berasingan (untuk domestik dan antarabang­sa) dengan lebih banyak kaunter pelepasan imigresen, pintu masuk ketibaan berasingan dan laluan lebih dekat untuk Perkhidmat­an Penerbanga­n Luar Bandar (RAS) serta kemudahan lain.

“Projek menaik taraf LTM ini dilaksanak­an bagi memenuhi pelan mengoptimu­mkan fungsi lapangan terbang ini, sementara kita merancang menaik taraf dan membina semula LTM dalam rancangan jangka panjang,” katanya pada sidang akhbar di sini, sebelum mengadakan lawatan ke sekitar LTM pada Selasa.

Beliau diiringi Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Sebuah balai berlepas berasingan untuk penerbanga­n antarabang­sa mampu menampung kirakira 160 penumpang atau jumlah penuh penumpang pesawat, juga dimasukkan dalam projek naik taraf ini.

Sementara itu, kerja-kerja menambah lot parkir kereta telah bermula sejak Januari lalu, yang menyaksika­n penambahan 200 lot lagi.

Pada masa ini, terdapat 412 lot parkir kereta dan jumlah itu tidak mencukupi berikutan peningkata­n jumlah penumpang dan pengguna.

Sementara itu, projek menaik taraf terminal dan konfiguras­i semula terminal akan bermula sebaik pihak perunding menyelesai­kan pelan reka bentuk bersesuaia­n.

Lee berkata, beban atau jumlah penumpang semasa telah mengatasi kapasiti reka bentuk yang hanya mampu menampung dua juta penumpang setiap tahun, sejak lapan tahun lalu.

Selepas penurunan sedikit dalam jumlah penumpang sejak tiga tahun kebelakang­an ini, angka tersebut katanya dijangka melonjak kembali tahun ini.

“Terdapat kenaikan lima peratus pada Januari untuk tempoh sama berbanding tahun lepas, dan sedikit penurunan sejak 2015 hingga 2017 disebabkan kemerosota­n ekonomi dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumka­n pembukaan apron baharu dan laluan pejalan kaki di LTM yang berharga R M 68 juta pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 lalu berkata, kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pengangkut­an akan membuat pembesaran dan peningkata­n di LTM dengan kos dianggarka­n RM285 juta.

Sehubungan itu Lee berkata, beliau amat berterima kasih kepada Liow dan kerajaan persekutua­n kerana meluluskan projek naik taraf yang amat diperlukan LTM dengan turut meletakkan projek ini dalam senarai keutamaan kementeria­n itu.

Pada September tahun lalu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) Azmir Zain mendedahka­n bahawa dua lapangan terbang di Sarawak antara tujuh lapangan terbang di Malaysia yang dikendalik­an Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang kini beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk kemampuan terminalny­a.

Sementara itu, MAHB optimis pelan mengoptimu­mkan fungsi LTM akan menampung permintaan sehingga 2027.

 ??  ?? LEE (dua kiri) diiringi para pegawai MAHB mengadakan lawatan di sekitar LTM untuk meninjau kemudahan yang akan dinaik taraf dalam pelan mengoptimu­mkan fungsi lapangan terbang itu.
LEE (dua kiri) diiringi para pegawai MAHB mengadakan lawatan di sekitar LTM untuk meninjau kemudahan yang akan dinaik taraf dalam pelan mengoptimu­mkan fungsi lapangan terbang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia