Utusan Borneo (Sabah)

Guna teknologi sebagai cara jana pendapatan

-

KUCHING: Rakyat Sarawak digesa menggunaka­n teknologi yang ada bukan sahaja untuk perkhidmat­an tetapi sebagai cara menjana pendapatan melalui keusahawan­an.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sebagai contoh pengangkut­an perkhidmat­an e-hailing Grab yang boleh menjana pendapatan.

“Ramai yang menyatakan perniagaan kini dalam keadaan tidak baik dan tiada pekerjaan, ini berlaku kerana anda sentiasa melihat kepada cara yang konvension­al.

“Jika kita terus melihat kepada cara konvension­al banyak kerja akan lupus terutama di bawah revolusi Industri 4.0.

“Maka itu kita perlu melihat teknologi terkini untuk dijadikan sebagai keusahawan­an termasuk perkhidmat­an Grab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Grab Car Stand yang dihadiri Pengurus Wilayah Borneo GRAB Kelvin Lam, Pengasas merangkap Pengerusi iCube Innovation Datuk Patrick Liew dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Nationlink Chai Kun Seng di iCOM Square di sini, pada Selasa.

Dr Sim turut melahirkan rasa gembiranya kerana Grab memilih iCOM Square sebagai satu lagi venue untuk perhentian kereta Grab kedua mereka di bandar raya ini.

Jelas beliau iCOM yang bukan sahaja menjadi hab digital bagi Kuching tetapi mempunyai banyak premis makanan dan amat sukar mendapatka­n tempat letak kereta.

“Menyelesai­kan masalah tempat letak kereta kini bukan dengan cara membina lebih banyak tempat letak kereta tetapi menggunaka­n perkhidmat­an seperti Grab ini.

“Ia juga mengubah serta mentransfo­rmasikan pengangkut­an awam kita selain perancanga­n bandar lebih baik,” tegas beliau sambil berkata adalah lebih jimat bagi setiap individu memilih menggunaka­n perhidmata­n seperti Grab.

Katanya mengambil contoh bagi seseorang pemilik kereta mereka dianggarka­n perlu membelanja­kan kadar RM10,000 setahun untuk pinjaman, penyelengg­araan selain bayaran tempat letak kereta.

“Dengan perkhidmat­an teknologi baharu lain dan Grab ia menjimatka­n lagi kos anda kerana tidak perlu membayar tempat letak kereta dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Lam berkata, Grab kini menghimpun­kan beberapa ribu pemandu Grab di bandar raya Kuching.

Perhentian kereta Grab di iCOM Square merupakan kerjasama antara perkhidmat­an e-hailing kereta Grab dan pengurusan iCOM Square.

Bagi memulakan perkongsia­n itu, iCOM Square memperluas­kan 1,000 kod promo bagi mereka yang berkunjung ke iCOM Square.

“Kod promo adalah ‘GRABICOM’ yang boleh dinikmati setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam selama tempoh sebulan.

“Pengguna Grab yang memilih iCOM Square sebagai destinasi mereka akan mendapat diskaun RM5 bagi setiap perjalanan,” katanya.

 ??  ?? DR Sim melekatkan logo iCOM Square di Grab Car Stand sebagai simbolik perkhidmat­an berkenaan. Turut kelihatan Liew (dua kanan), Lam (belakang, dua kiri), Chai (depan, kiri) dan tetamu jemputan lain.
DR Sim melekatkan logo iCOM Square di Grab Car Stand sebagai simbolik perkhidmat­an berkenaan. Turut kelihatan Liew (dua kanan), Lam (belakang, dua kiri), Chai (depan, kiri) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia