Utusan Borneo (Sabah)

Projek jana ekonomi mesra alam

Hopes Malaysia, Sabah Oriental Hotel meterai MoU penanaman cendawan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Hopes Malaysia dan Sabah Oriental Hotel menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk membaikpul­ih kegiatan ekonomi Kampung Tudan, Kota Belud dalam jangka masa panjang melalui projek penanaman cendawan mesra alam.

Sabah O r i e n tal Hotel diwakili Pengurus Besar Vincent Chen manakala Hopes Malaysia diwakili Pengerusin­ya Sam Lee.

Majlis MoU itu yang diadakan di Sabah Oriental Hotel disaksikan oleh Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri TC Goh dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKCCI) Datuk Michael Lui.

Pada Julai 2017, Hopes Malaysia sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya menyiapkan projek bekalan air graviti dengan bantuan seramai 200 sukarelawa­n dengan kerjasama penduduk Kg Tudan bagi menyelesai­kan krisis air yang dialami sejak tiga tahun sebelumnya.

Dengan sokongan dana yang berjumlah RM70,000 daripada lapan syarikat swasta dan lebih 100 penderma awam, telah merealisas­ikan projek bekalan air sepanjang 2 kilometer bagi menyalurka­n bekalan air (melalui punca air dari kawasan bukit) ke pusat air tangki baharu yang terletak di Kg Tudan.

Hopes Malaysia pada 2017 telah mengambil keputusan meneruskan komuniti projek ke peringkat kedua pada tahun ini dengan membina kemudahan bagi penanaman cendawan untuk memberi peluang kepada penduduk memiliki perniagaan yang mampan bagi membolehka­n mereka berkeupaya­an berdikari dari segi kegiatan ekonomi.

Pada 2015, beberapa penduduk kampung itu pernah menjalanka­n penanaman cendawan berskala kecil (persendiri­an), malangnya usaha mereka musnah semasa kawasan itu dilanda gempa bumi.

Untuk memastikan kejayaan projek dalam jangka masa

VINCENT CHEN Pengurus Besar

panjang, Sabah Oriental Hotel bersetuju untuk bekerjasam­a dengan Hopes Malaysia dan memeterai MoU sebagai langkah pertama dalam kerjasama itu.

“Acara menandatan­gani MoU ini juga memberi peluang kepada kami untuk memberi keterangan lanjut kepada orang ramai tentang kepentinga­n projek ini kepada penduduk kampung,” kata Vincent.

Pada Februari lalu, beliau telah mengetuai pasukannya, termasuk Ketua Eksekutif Sabah Oriental Hotel, membuat lawatan ke tapak cendawan yang terletak di Kg Tudan.

Katanya, lawatan itu bukan sahaja mendedahka­n kepada sekitar Kg Tudan tetapi juga memberi peluang kepada pasukannya memahami cara projek penanaman cendawan yang berkeyakin­an boleh memberi manfaat kepada penduduk dalam jangka masa panjang.

Penanaman cendawan bukan sahaja melindungi tanah daripada pembukaan, risiko rendah yang boleh mengelakka­n ancaman daripada bencana alam (kemarau dan musim hujan) tetapi berkemampu­an tinggi dalam menjana pendapatan yang stabil bagi penduduk kampung.

Selain itu, isu pembukaan tanah yang secara tidak terancang pada 90an bagi tujuan penanaman getah telah mengakibat­kan kebanyakan penduduk hanya bergantung kepada hasil getah sebagai pendapatan utama mereka.

Justeru kata Vincent, Sabah Oriental Hotel amat menyokong peralihan sumber pendapatan penduduk kampung kepada bidang yang lain seperti penanaman cendawan supaya alam sekitar dapat dilindungi dan tananam itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menampung keperluan komuniti dari segi ekonomi kampung.

“Oleh demikian, kami juga berharap kerjasamaa­n ini akan menggalakk­an lebih banyak hotel tempatan untuk menyertai projek ini untuk menyokong hasilan tempatan yang diusahakan oleh masyrakat luar bandar.

“Memandangk­an, Sabah Oriental Hotel adalah ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH), ia juga berharap dapat menggunaka­n peluang ini untuk memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatk­an sumber pendapatan mereka melalui projek komuniti,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu sangat menggalakk­an pembelian produk (hasilan) tempatan, mengurangk­an kos operasi daripada membeli hasil tananam import, pembelian terus daripada penduduk kampung bukan sahaja menjamin kesegaran tananam, tetapi juga dapat menghapusk­an ‘middleman cost’ bagi hotel yang boleh memberi manfaatkan kepada hotel dan penduduk kampung.

“Bagi membina masa depan masyarakat luar bandar, bukan sekadar kita memberi apa yang diperlukan tetapi juga hendaklah mempertimb­angkan kemampanan projek dan cara memupuk semangat berdikari dalam golongan masyarakat luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu, V i n c e n t juga bersetuju dengan cara Hopes Malaysia mengendali­kan projek komuniti yang menekankan kepentinga­n komuniti secara menyeluruh terhadap kemapanan dari segi kualiti kehidupan dan kegiatan ekonomi.

“Melalui kerjasama ini, kami berkeyakin­an tinggi terhadap projek ini dan dapat melihat potensi yang tinggi bagi penduduk Kg Tudan menceburi bidang penanaman cendawan dalam jangka masa panjang,” katanya.

“Acara menandatan­gani MoU ini juga memberi peluang kepada kami untuk memberi keterangan lanjut kepada orang ramai tentang kepentinga­n projek ini kepada penduduk ” kampung

 ??  ?? VINCENT dan Sam bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh TC Goh dan Michael.
VINCENT dan Sam bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh TC Goh dan Michael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia