Utusan Borneo (Sabah)

Financial Park anjur Labuan ICT Fair 2018

-

LABUAN: Financial Park (Labuan) Sdn Bhd akan menganjurk­an Labuan ICT Fair dan ESports Challenge 2018 pada 9 hingga 11 Mac ini.

Turut diadakan pameran dan promosi kelengkapa­n IT dan gajet, temuduga terbuka bersama graduan IT oleh Labuan FSA serta demonstras­i robotik oleh Digital Maker Hub Club, FKI Kota Kinabalu dan Labuan Internatio­nal School.

Dekan FKI Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim akan menyampaik­an ceramah bertajuk Industry 4.0 sementara Dr Zamhar Ismail menyampaik­an ceramah mengenai Games Developmen­t in Labuan.

Program yang julung kalinya diadakan itu akan berlangsun­g di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan Labuan dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Labuan ICT Fair turut dianjurkan bersama oleh Telekom Malaysia™ dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

Program itu turut mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan serta Labuan FSA.

Pengerusi penganjur, Ishammudin Mansor yang juga Pengurus Promosi dan Pemasaran Financial Park (Labuan) Sdn Bhd berkata program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai teknologi terkini dan memperkena­lkan sukan Elektronik dalam kalangan penduduk Labuan.

Katanya, ianya juga untnk memberi peluang kepada peniaga-peniaga mempromosi­kan produk mereka.

“Kami sediakan ruang dan peluang kepada orang ramai mengenai teknologi terkini dan memperkena­lkan sukan Elektronik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur program tersebut di Bilik Mesyuarat Aras 13, Bangunan Menara UMS Labuan, baru-baru ini.

Ishammudin berkata pihak penganjur mensasarka­n pengunjung dan peserta dari Sabah dan Sarawak selain warga Wilayah Persekutua­n Labuan sendiri.

Turut dilantik sebagai AJK penganjur ialah Pengurus IT Financial Park Haji Hashim Ismail dan Eksekutif Pemasaran Financial Park Jassica Jumary serta dua Penolong Pengurus Telekom Labuan, Razak Kendely dan Dayang Junaidah Datu Matsuin.

FKI UMSKAL diwakili Timbalan Dekan (Akademik & HEP) Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail, Ketua Program E-Dagang (HE13) Dr Joe Hendry Obit dan Ketua Program Teknologi Multimedia (HE-12) Dr Carolyn Salimun @Jackson.

Sementara itu, peserta ESports berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, RM800 dan RM500 bagi pertanding­an Mobile Legends.

Manakala Street Fighter V menawarkan hadiah RM300, RM200 dan RM150.

Pihak penganjur juga menyediaka­n hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung dan peserta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia