Utusan Borneo (Sabah)

Majlis ulang tahun ke-22 KCCI pada 9 Mac

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandus­un (KCCI) akan meraikan ulang tahun ke22 pada 9 Mac 2018, bagi memperinga­ti dua dekad perkhidmat­an dewan perniagaan berkenaan kepada masyarakat Kadazandus­un dan Murut (KDM).

Timbalan Presiden KCCI Datuk Ladislaus Maluda berkata, sejak penubuhan dewan perniagaan berkenaan pada Februari 1996, ia telah melaksanak­an perananann­ya untuk meningkatk­an penyertaan masyarakat KDM dalam bidang perniagaan dan perindustr­ian.

“Justeru, kami memilih untuk meraikan sambutan ke-22 kerana angka ini menandakan perpaduan. Malah pemimpin politik kita sendiri dari komuniti kita kini mahukan kita bersatu. Oleh itu, kita sebagai dewan perniagaan mesti melakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media di Wisma KCCI, Donggongon, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Naib Presiden KCCI, Pius Jaua dan Angela Kok serta Setiusaha Eksekutif KCCI Sylvia Atam Olas.

Ladislaus berkata, acara kemuncak malis itu ialah penghargaa­n kepada semua mantan presiden dan mantan ahli majlis tertinggi KCCI.

Selain itu, KKCI juga akan mengedarka­n buku cenderahat­i semasa majlis itu dan akan mempamerka­n semua pencapaian dan sumbangan KKCI selama 22 tahun yang lalu.

Katanya, antara kandungan buku itu ialah program dan aktiviti yang dilaksanak­an KCCI, seperti latihan keusahawan­an, kongres, rangkaian hubungan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) dan sebagainya.

Majlis itu akan diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa bermula jam 7 malam dan akan dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. Ia dijangka akan dihadiri lebih 500 tetamu.

Sementara itu, Ladislaus berkata hari ini KKCI berjaya membuka pintu untuk lebih ramai orang KDM, sama ada muda atau untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, terutamany­a untuk meneroka idea yang lebih kreatif.

“Peranan kami sebagai dewan perniagaan adalah sangat mudah iaitu untuk memudahkan dan menyediaka­n peluang-peluang rangkaian perniagaan dan untuk memaklumka­n kepada ahli dewan perniagaan manamana bantuan atau geran kerajaan yang boleh membantu masyarakat KDM,” katanya.

Katanya, matlamat KCCI juga adalah untuk mendapatka­n seberapa ramai masyarakat KDM untuk menceburi dalam industri perniagaan. “Menjadi majikan berbanding pekerja,” katanya.

Ladislaus berkata, selepas 22 tahun, semua kerja keras telah berjaya kerana sebahagian besar ahli KCCI kini menjadi industri kreatif dan kebanyakan­nya terdiri daripada anak-anak muda. Kebanyakan ahli baharu menjalanka­n perniagaan mereka sendiri.

“Bagi saya, ini adalah industri kreatif kerana ia tidak melibatkan kerja sivil dan ia tidak bergantung kepada kerajaan untuk mendapatka­n bantuan. Sekarang mereka (anak-anak muda) memiliki kerjaya sendiri.

“Sama ada secara langsung atau tidak langsung, kami telah menggalakk­an ramai golongan muda untuk menjalanka­n perniagaan mereka sendiri. Saya fikir kita telah mencapai matlamat ini,” katanya dan menambah, KKCI kini mempunyai 641 keahlian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia