Utusan Borneo (Sabah)

Nabila Razali nyanyi lagu ‘Cahaya Juara’ untuk filem Lee Chong Wei

-

PENYANYI yang kini popular dengan lagu ‘Pematah Hati’ Nabila Razali dan penyanyi sosial media, Priscilla Abby baru-baru ini diumumkan sebagai penyanyi yang akan menyanyika­n lagu tema filem ‘Lee Chong Wei’ yang ditunggu ramai.

Mereka bakal mendendang­kan lagu tema filem dalam Bahasa Melayu dan Inggeris buat kali pertama secara langsung pada acara tayangan perdana dunia yang akan diadakan pada 9 Mac ini (Jumaat) bertempat di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Lagu yang akan dinyanyika­n oleh Nabila Razali bertajuk ‘Cahaya Juara’.

Banyak aktiviti akan berlangsun­g sebelum tayangan seperti acara permaidani merah oleh selebriti jemputan, persembaha­n oleh Nabila dan Priscillia serta karnival penaja dan ‘food truck’ dari jam 4 petang.

Datuk Rosyam dan para pelakon filem adalah antara para hadirin yang akan mewarnai acara permaidani merah sepanjang 100 meter di dalam Stadium Nasional pada hari itu.

Selain itu, skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini.

Acara Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI dijangka dihadiri sekurangku­rangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangka­n menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter.

Tiket berharga RM168 (EMAS) untuk 9 Mac telah habis dijual, sementara tiket lain ber-harga RM88 (DUNIA), RM108 (GANGSA) dan RM128 (PERAK) masih boleh dibeli.

Jualan tiket secara tunai dan kad kredit juga boleh dibeli di Kaunter Tiket di perkaragan AXIATA ARENA, KL Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, tikettiket juga boleh dibeli menerusi laman www. leechongwe­imovie.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia