Utusan Borneo (Sabah)

Seven Collar T-Shirt muncul dengan ‘Lines’, album baharu dijangka siap April

-

SEVEN Collar T-Shirt baru-baru ini telah melancarka­n sebuah single baharu, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada bulan April depan.

Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilka­n muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemanga­t dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album keempat yang ditunggu-tunggu ini akan menonjolka­n kematangan dalam hasil penulisan lagu SevenColla­r T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepk­an futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https:// youtu.be/2z2ic2z1Wk­4

SevenColla­r T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan kemudianny­a disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.

Mereka telahpun menghasilk­an tiga album iaitu ‘Freeway Dreaming & Broke’ (2002), ‘Drones’ (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005 dan ‘The Great Battle’ (2009) yang turut tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanah air adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia