Utusan Borneo (Sabah)

Rumah anak yatim pertama di Kudat

Tampung sehingga 20 penghuni apabila siap pada Jun depan

-

KUDAT: Rumah Anak Yatim Baitul Hidayat yang pertama seumpama di daerah ini akan siap menjelang Jun tahun ini.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Rumah Anak Yatim Baitul Hidayat Sapdin Ibrahim berkata bangunan dua tingkat itu didirikan di atas tanah seluas setengah ekar milik kerajaan dengan kapasiti 20 penghuni lelaki dan perempuan.

“Pembinaan bangunan baharu rumah anak yatim ini sedang berjalan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun tahun ini.

“Kita berterima kasih kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan RM250,000 untuk pembinaan bangunan ini.

“Bangunan ini juga akan mempunyai kemudahan asrama yang lebih selesa di tingkat atas, manakala ruang pejabat pengurusan Baitul Hidayat pula di tingkat bawah,” jelasnya.

Sapdin juga berkata bangunan rumah anak yatim yang dibina sejak tahun 2015 itu hanya mampu menempatka­n lapan penghuni yang merupakan golongan asnaf berumur 7 hingga 16 tahun.

Baitul Hidayat ditadbir oleh 30 ahli Persatuan Pengurusan Anak Yatim Kudat yang bertanggun­gjawab mencari dan menyumbang dana untuk pengurusan, makan minum, pakaian, perbelanja­an sekolah dan sebagainya.

Beliau yang ditemui pada Program Ziarah Kasih Yayasan Nur Jauhar (YNJ) di sini pada Isnin, turut menerima sumbangan R M 5,000 daripada Penasihat YNJ Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni.

Pada kunjungan itu, Norlidah meluangkan masa kira-kira 45 minit bagi mendengar taklimat ringkas mengenai perkembang­an rumah berkenaan, di samping beramah-mesra dengan para penghuni Baitul Hidayat. Penerangan

“Kita berterima kasih kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan RM250,000 untuk pembinaan bangunan ini. Bangunan ini juga akan mempunyai kemudahan asrama yang lebih selesa di tingkat atas, manakala ruang pejabat pengurusan Baitul Hidayat pula di ” tingkat bawah. HIDAYAT SAPDIN IBRAHIM Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Rumah Anak Yatim Baitul

 ??  ?? NORLIDAH (tengah) menyerahka­n replika cek sumbangan YNJ kepada Baitul Hidayat.
NORLIDAH (tengah) menyerahka­n replika cek sumbangan YNJ kepada Baitul Hidayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia