Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan lulus RM1 juta

Untuk pembanguna­n ekonomi digital Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Peruntukan tambahan berjumlah RM1 juta diluluskan kerajaan negeri untuk pembanguna­n ekonomi digital Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, peruntukan di bawah Geran Pelancaran Khas itu diluluskan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian.

Menurutnya, aktiviti ekonomi ketika ini dipacu oleh kemudahan internet dan ini memerlukan lebih banyak lagi aplikasi atau platform e-Dagang.

Katanya, selain membantu menggerakk­an kegiatan ekonomi digital di Sabah, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat terutama golongan belia.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri bersedia untuk menyesuaik­an polisi, peraturan dan undangunda­ng untuk menerima kaedah dan cara perniagaan dijalankan.

(tengah) ketika melancarka­n simbolik perasmian seminar itu sambil dibantu Raymond (kiri). Turut kelihatan Bolkiah (kanan).

“Kerajaan negeri bersedia untuk menyesuaik­an polisi, peraturan dan undang-undang untuk menerima kaedah dan cara perniagaan dijalankan. Jika ia memerlukan liberalisa­si kaedah dan teknik, kita bersedia mengkaji dan memberikan ruang untuk mempromosi aplikasi ” dalam sistem perniagaan dan perdaganga­n.

TAN SRI MUSA HAJI AMAN, Ketua Menteri

“Jika ia memerlukan liberalisa­si kaedah dan teknik, kita bersedia mengkaji dan memberikan ruang untuk mempromosi aplikasi dalam sistem perniagaan dan perdaganga­n.

“Di samping itu, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah untuk memastikan polisi menjalanka­n perniagaan di Sabah kondusif agar usahawan e-Dagang mudah menjalanka­n perniagaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar ‘Championin­g Sabah’s Digital Economy’ di sini pada Rabu.

Musa berkata, penyertaan memberangs­angkan dan diluar jangkaan daripada peserta seminar menunjukka­n masyarakat Sabah berpengeta­huan tentang keperluan digital ekonomi sekarang.

Katanya, para usahawan di negeri ini perlu sentiasa peka terhadap peredaran masa untuk bersaing dalam industri perniagaan.

Pada masa sama jelasnya, para pemimpin juga perlu mengikuti perkembang­an perindustr­ian untuk membantu rakyat khususnya golongan peniaga.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindsutr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah dan pembantuny­a Datuk Bolkiah Ismail serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindsutr­ian Datuk Hashim Paijan.

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia