Utusan Borneo (Sabah)

NGO perlu main peranan ikut kemampuan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE MIZMA (tengah) merakamkan album bersama PIBG SK Bukit Balacon.

LAHAD DATU: Badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan mengikut kemampuan dan kemahiran yang sesuai dengan arus semasa terhadap masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Puan Mizma Appehdulla­h berkata setiap NGO seharusnya berani keluar dari kepompong selesa dalam memperjuan­gkan peningkata­n sosio-ekonomi masyarakat setempat terutamany­a dalam menyediaka­n kemudahan pendidikan bagi kegunaan para pelajar luar bandar khasnya yang kelihatan agak ketinggala­n berbanding pelajar yang menimba ilmu di kawasan bandar.

Menurutnya, pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam akanberusa­hauntukmen­dekati setiap NGO yang terlibat secara langsung dengan pihak sekolah seperti Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi menyelami keperluan yang amat kritikal di peringkat sekolah dan berusaha untuk membantu menanganin­ya walaupun secara tidak langsung.

Beliau turut menegaskan agar tidak ada pihak yang beranggapa­n bahawa tindakan seperti itu hanyalah sekadar retorik yang bertujuan untuk meraih undi khususnya ketika desah desus tarikh pilihan raya yang semakin kedengaran.

“Sekolah merupakan pusat pecambahan ilmu dan bukannya medan politik,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Balacon, di sini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang itu, beliau telah menyalurka­n sumbangan kepada PIBG bagi menampung dana dalam menyediaka­n keperluan persekitar­an yang kondusif kepada para pelajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia