Utusan Borneo (Sabah)

Program pemulihara­an alam sekitar

Jabatan Perhutanan, PSS tanam 400 pokok di Hutan Simpan Garinono

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Program Pemulihara­an Alam Sekitar Jabatan Perhutanan Sabah bersama Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah diadakan di Hutan Simpan Garinono, di sini, baru-baru ini.

Matlamat utama program itu adalah untuk memulihkan komposisi dirian Hutan Simpan Garinono, di samping memupuk kesedaran untuk mewujudkan persekitar­an alam sekitar yang hijau, bersih dan segar dalam kalangan pelajar dan masyarakat awam.

Program pemulihara­an itu melibatkan aktiviti penanaman 400 bibit pokok yang kebanyakan­nya daripada spesies pokok kapur merah (Drybalanop­s beccarii) oleh para pelajar tahun akhir Program Diploma Agroteknol­ogi Politeknik Sandakan.

Perasmian program itu disempurna­kan oleh Pengarah Ketua Konservato­r Hutan Datuk Sam Mannan dan turut dihadiri oleh Pengarah PS Lt Kol Bersekutu (PA) Tajul Ariffin Mohamed Arif, Timbalan Pengarah Bahagian Akademik PSS Rusli Rahman dan Timbalan Pengarah Sokongan PSS Irawandih Mat Jaili.

Menerusi program itu, seramai 42 pelajar yang terlibat telah dilatih secara teori dan praktikal berkenaan teknik penanaman pokok hutan yang sesuai di lapangan.

Jumlah keluasan kawasan yang terlibat dalam penanaman pokok sempena program itu dianggarka­n 1.5 hektar.

Pihak Jabatan Perhutanan menyokong sepenuhnya usaha pemulihara­an alam sekitar seumpamany­a dan berharap ia dapat diteruskan bukan sahaja dalam hutan simpan tetapi juga dalam persekitar­an lain umpamanya dalam kawasan politeknik sama ada bagi tujuan ladang hutan mahupun landskap ataupun pengindaha­n kawasan pada masa hadapan.

Sokongan dan komitmen pihak Jabatan Perhutanan Sabah juga adalah seiring dengan kolaborasi yang telah ditandatan­gani pada Oktober tahun 2017 untuk berkongsi kepakaran dan juga latihan dengan pihak Politeknik Sandakan.

Pihak Jabatan Perhutanan berharap kerjasama itu akan memberikan impak positif kepada pembanguna­n bidang pemulihara­an alam sekitar dan hala tuju kedua-dua pihak di masa hadapan.

Turut hadir pada program itu ialah Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan Haji Fadzil Haji Yahya yang mengurus dan mentadbir Hutan Simpan Garinono serta Pengetua Institut Perhutanan Sabah (IPS) Bernard Valentine selaku pegawai yang menyelaras pelaksanaa­n program berkenaan.

Bagi pihak Politeknik Sandakan, Tony Ontok selaku ketua Jabatan Agroteknol­ogi dan BioIndustr­i serta Penyelaras Program Dr Kesavan Ulaganathe­n dan para pensyarah lain merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang turut terlibat dalam menjayakan program itu.

Ia merupakan satu program secara kolaborasi yang julung kali diadakan antara kedua-dua jabatan dan melalui program itu, konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dapat direalisas­ikan.

“Pihak Jabatan Perhutanan menyokong sepenuhnya usaha pemulihara­an alam sekitar seumpamany­a dan berharap ia dapat diteruskan bukan sahaja dalam hutan simpan tetapi juga dalam persekitar­an lain umpamanya dalam kawasan politeknik sama ada bagi tujuan ladang hutan mahupun landskap ataupun pengindaha­n kawasan pada masa hadapan.

 ??  ?? PELAJAR tahun akhir Program Diploma Agroteknol­ogi bersama pengurusan Politeknik Sandakan bergambar kenangan sempena program Tree Planting di Hutan Simpan Garinono.
PELAJAR tahun akhir Program Diploma Agroteknol­ogi bersama pengurusan Politeknik Sandakan bergambar kenangan sempena program Tree Planting di Hutan Simpan Garinono.
 ??  ?? SAM (bertopi) menanam pokok sebagai gimik perasmian program Tree Planting di Hutan Simpan Garinono.
SAM (bertopi) menanam pokok sebagai gimik perasmian program Tree Planting di Hutan Simpan Garinono.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar tahun akhir Program Diploma Agroteknol­ogi PSS yang terlibat menjayakan program penanaman pokok di Hutan Simpan Garinono.
SEBAHAGIAN pelajar tahun akhir Program Diploma Agroteknol­ogi PSS yang terlibat menjayakan program penanaman pokok di Hutan Simpan Garinono.
 ??  ?? TAJUL Ariffin turut menanam pokok pada program itu.
TAJUL Ariffin turut menanam pokok pada program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia