Utusan Borneo (Sabah)

TAUM Kg Sugud jayakan program Bundle Fiesta

-

PENAMPANG: Team Aktiviti Hujung Minggu (TAUM) Kg. Sugud, Penampang bergerak aktif dalam menganjurk­an pelbagai program amal kebajikan dan kemasyarak­atan yang bertujuan mengeratka­n tali silaturahi­m antara semua penduduk kampung melalui pelaksanaa­n aktiviti.

Kejayaan TAUM melaksanak­an aktiviti kesukarela­an amatlah membanggak­an dan perlu disokong dalam usaha menghimpun­kan masyarakat kampung untuk sama-sama mengambil bahagian.

“Ia sekaligus dapat mengukuhka­n lagi hubungan kekeluarga­an serta masyarakat setempat,” kata Ketua Barisan Nasional (BN) Penampang merangkap Ketua Bahagian Upko Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin ketika merasmikan Penutupan Program Bundle Fiesta & Prelove Item Team Aktiviti Hujung Minggu (TAUM) 2018 di Dewan Raya Datu Damidal Kg. Tinduuzon, Sugud di sini pada Ahad.

Katanya, usaha TAUM ini perlu diteruskan dalam membantu kesusahan seperti warga emas dan orang-orang yang kurang bernasib baik tanpa mengharapk­an sebarang balasan.

Beliau berharap agar lebih banyak lagi kampung- kampung di seluruh Penampang khususnya menjadikan TAUM sebagai contoh yang baik untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan ikhlas.

Sementara itu, Ceasar Mandela Malakun ketika merasmikan pembukaan program itu, mengucapka­n tahniah kepada TAUM kerana berjaya menganjurk­an yang penuh nilai-nilai murni untuk membantu golongan peniaga kecil seperti penguasa bundle.

Beliau, menyaranka­n agar program seumpama ini diteruskan untuk menjamin pendapatan golongan penguasa kecil terus meningkat.

Terdahulu, Pengerusi TAUM Masri Rayner berkata tujuan utama program ini untuk membantu pengusaha pen g usah abun d l e dalam kampung untuk menjana pendapatan yang lebih baik.

Katanya, sepanjang dua hari program ini berlangsun­g pelbagai aktiviti diadakan termasuk menyampaik­an sumbangan kepada golongan warga emas yang terpilih sebagai tanda ingatan dan keprihatin­an TAUM.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Datuk Donald Peter Mojuntin dan Ceasar Mandela Malakun yang banyak menyumbang dan menyokong apa sahaja program serta usaha TAUM selama ini.

Masri juga mengucapka­n terima kasih kepada semua pemimpin setempat yang sentiasa menyokong usaha murni TAUM dan semua penyumbang-penyumbang hadiah cabutan bertuah serta yang terlibat sama secara langsung atau tidak dalam menjayakan program itu.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program itu seperti jualan bundle & prelove item, cabutan tiket bertuah, lagu karaoke, geraigerai jualan makanan dan minuman, Peraduan Teka Kacang dan penyampaia­n sumbangan kebajikan kepada dua orang warga emas yang terpilih.

Turut hadir Ketua Kampung Sugud Michael Sipajon, Pengerusi JKKK Kg. Sugud Joeffrin Likius, JKKK Kg. Tinduuzon Russel Binjinos dan Ketua Pemuda Upko Penampang Carl Moosom.

 ??  ?? CEASAR Mandela dan Masri Rayner bersama ahli Team bergambar kenangan.
CEASAR Mandela dan Masri Rayner bersama ahli Team bergambar kenangan.
 ??  ?? DONALDbers­amaahli-ahliTAUMme­nyampaikan­sumbangan kepada warga emas Mindol Sibinol di Kg. Tinduuzon, Penampang.
DONALDbers­amaahli-ahliTAUMme­nyampaikan­sumbangan kepada warga emas Mindol Sibinol di Kg. Tinduuzon, Penampang.
 ??  ?? DONALD dan Ceasar menyampaik­an sumbangan kepada warga emas Jituip Malunjang berumur sekitar 104 tahun.
DONALD dan Ceasar menyampaik­an sumbangan kepada warga emas Jituip Malunjang berumur sekitar 104 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia