Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Pengurusan Jenazah perlu ditubuh

-

LABUAN: Skuad Pengurusan Jenazah perlu ditubuhkan di seluruh kariah masjid, kata Pengerusi Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid @Ustaz Rafie Zainal.

Beliau berkata, skuad pengurusan jenazah itu mahu membantu kariah menguruska­n jenazah dan bukannya mengambil alih tugas imam atau pengurusan di sesuatu kawasan kampung atau perumahan.

Katanya menerusi skuad itu, pihaknya dapat membantu meringanka­n beban ahli keluarga yang kurang berkemampu­an untuk menguruska­n jenazah ahli keluarga mereka.

“Skuad Pengurusan Jenazah adalah untuk membantu menguruska­n jenazah dengan lebih sistematik dan mengikut amalan yang dibenarkan agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ceramah Kaedah Pengurusan Jenazah di Masjid Jamek Layang-Layangan (MJLL), malam Isnin.

Beliau merupakan Mudir Maahad Tahfiz Nur Fattah dan Pengurus Jenazah Hospital dan Masjid di Kuala Lumpur dan Selangor Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum, Gombak, Selangor.

Rafie berharap menerusi penerangan serba ringkas itu, umat Islam akan lebih memahami kaedah pengurusan jenazah mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

“Kita mahu memudahkan umat Islam menguruska­n jenazah iaitu sejak pesakit dalam keadaan nazak sehinggala­h jenazah dikebumika­n,” katanya.

Oleh itu, beliau akan mengadakan perbincang­an dengan pengurusan Hospital Labuan sekaligus melatih lebih ramai individu khususnya golongan muda yang mampu menguruska­n jenazah umat Islam.

Turut hadir, Setiausaha MJLL Haji Hamir Haji Zahari dan Bendahari Razak Haji Kassim.

Sementara itu, Hamir berharap penerangan secara teori dan praktikal mengenai pengurusan jenazah akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

“Masjid Jamek LayangLaya­ngan bersedia menjadi penganjur bersama dengan penceramah untuk memberikan penerangan mengenai pengurusan jenazah mahupun isu lain yang berkaitan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau yang mewakili Timbalan Pengerusi MJLL Haji Basran Jamil yakin penubuhan skuad pengurusan jenazah itu akan meringanka­n pengurusan jenazah di sesebuah kariah di sini.

 ??  ?? RAFIE (berdiri, tiga kanan) dan Hamir (berdiri, empat kanan) bersama jemaah Masjid Jamek Layang-Layangan.
RAFIE (berdiri, tiga kanan) dan Hamir (berdiri, empat kanan) bersama jemaah Masjid Jamek Layang-Layangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia