Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sentiasa beri penekanan pembanguna­n sukan

-

SANDAKAN: Golongan belia khususnya pengundi wanita muda yang cemerlang sukan diminta merebut peluang menonjolka­n diri sebagai ahli sukan berbakat dan mampu mencipta kejayaan di peringkat negeri mahupun negara.

Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Mohd Dani berkata sebagai aset negara, kerajaan tidak akan membiarkan bakat mereka yang cemerlang dalam bidang sukan tersia-sia begitu saja sebaliknya akan terus memberi sokongan dan bantuan.

Jelasnya, kerajaan BN sentiasa memberi perhatian dan penekanan kepada pembanguna­n bidang sukan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet cemerlang yang mampu mengharumk­an nama negara.

“Sukan adalah cabang pembanguna­n yang diberikan perhatian kerana ia bukan sahaja boleh menaikkan imej negeri dan negara, malah memberi peluang kepada rakyat untuk membina kerjaya yang menjamin masa depan,” katanya pada Kejohanan Futsal Padang Sebelah 5 Perempuan Terbuka Sandakan, di sini pada Selasa.

Kejohanan anjuran Pergerakan Puteri Umno Batu Sapi tersebut merebut Piala Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Haji Samsudin Haji Yahya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Sementara itu Samsudin menggesa Ketua Pusat Daerah Mengundi Puteri Umno Batu Sapi agar kerap turun padang bertemu ahli pada peringkat akar umbi bagi mengeratka­n hubungan, sekali gus memperkema­skan jentera sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Pelbagai aktiviti merangkumi kebajikan dan kesukanan perlu diadakan, sejajar misi turun padang bagi memeriahka­n lagi pelaksanaa­nnya secara tidak langsung dapat bersemuka dengan pengundi wanita muda,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut mengingatk­an seluruh Pergerakan Puteri agar sentiasa bersedia untuk berjuang habis-habisan menghadapi pilihan raya umum akan datang biarpun tarikh sebenarnya belum diumumkan lagi.

Dalam kejohanan itu Team A2s dinobatkan selaku juara dan menerima hadiah wang tunai RM500 piala, medal dan jersi.

Manakala tempat kedua disandang pasukan JP FC menerima RM300 piala dan medal, ketiga pasukan Seekers FC menerima RM200 piala dan medal.

Anugerah Pemain Terbaik telah diberikan kepada Nurafizah menerima piala dan wang tunai.

 ??  ?? NURAFIZAH diumum Pemain Terbaik .
NURAFIZAH diumum Pemain Terbaik .
 ??  ?? SAMSUDIN dan Hazulizah bergambar kenangan bersama pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Padang Sebelah 5 Perempuan Terbuka Sandakan.
SAMSUDIN dan Hazulizah bergambar kenangan bersama pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Padang Sebelah 5 Perempuan Terbuka Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia