Utusan Borneo (Sabah)

Larian Obor Jubli Emas MSS Sabah tiba di Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Program Larian Obor sempena Sambutan Jubli Emas (1968 - 2018) Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Kali Ke-50, 2018 kini tiba di sebuah daerah terpencil di pedalaman iaitu daerah Beluran.

Upacara penyerahan obor disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Ahmad Yussof Mohamad yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan kepada wakil PPD Beluran, Malik Tajim yang juga Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Obor tersebut yang direka khas sempena sambutan Jubli Emas MSS Sabah, diarak sekumpulan atlet Sandakan yang pernah mewakili MSS Bahagian Sandakan dan MSS Sabah untuk diserahkan kepada Ahmad Yussof yang seterusnya menyerahka­n kepada Malik Tajim (Beluran).

Obor tersebut akan diarak berlari mengelilin­gi trek balapan Kompleks Sukan Beluran sempena perasmian Kejohanan Olahraga MSS Daerah Beluran yang bermula Rabu dan berkahir petang ini (8 Mac).

Program Larian Obor yang bermula 3 Februari lalu di Pekan Menumbok, Kuala Penyu dirasmikan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun semasa perasmian penutupan Kejohanan Merentas Desa MSS Sabah 2018.

Larian Obor mengelilin­gi 24 daerah pendidikan (PPD) di Sabah akan diserahkan dari Beluran kepada Telupid esok (9 Mac) sebelum ke Ranau pada 12 Mac dan berakhir di Stadium Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu pada 21 Mac sempena Kejohanan Olahraga MSS Sabah Kali Ke-50.

 ??  ?? AHMAD Yussof (empat kanan) menyerahka­n obor kepada Malik Tajim.
AHMAD Yussof (empat kanan) menyerahka­n obor kepada Malik Tajim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia