Utusan Borneo (Sabah)

Buru kemenangan keempat

Sabah hadapi Perlis pada saingan Kumpulan A Piala Presiden

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah hanya diperkuatk­an empat pemain senior berbanding lima sebelum ini apabila meneruskan cabaran menentang Perlis pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

“Hamran (Peter) tidak dapat bersama pasukan kerana kecederaan. Ketiadaann­ya tentunya dirasai tetapi saya tidak fikir ia menjejaska­n kemampuan pasukan..ia hanya mengurangk­an jumlah pilihan pemain.

“Tempat Hamran akan diisi Fedrick (Fadzly Gusmia). Fedrick juga menggantik­an Hamran selepas Hamran mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika menentang MISC-MIFA tempoh hari.

“Fedrick melakukan tugas dengan baik dan menjaringk­an gol membantu pasukan menang 2-0 ketika itu untuk kemenangan ketiga berturut-turut. Fedrick memang penyerang utama kami kalau tiada pemain dari skuad senior,” kata ketua jurulatih, Johnny Dominicus ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Fedrick, Johnny membayangk­an akan mengekalka­n kesebelasa­n biasanya termasuk pemain senior iaitu Mohd Sakri Masri, Mohd Aidil Safee, Evan Wensley Wenceslaus dan Stanley Sulong.

“Kami hanya sasar tujuh mata tetapi raih maksima sembilan mata dari tiga perlawanan sebelum ini. Saya fikir sekarang kita akan fokus untuk buru kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Dengan kedudukan (Sabah) di tangga teratas sekarang, kita tentu jadi sasaran untuk dikalahkan oleh pasukan lain tetapi kita sudah bersedia. Kami akan fikirkan perlawanan itu satu persatu. Esok segala fokus untuk mengalahka­n Perlis,” kata Johnny.

Johnny berharap anak buahnya bermain seperti biasa untuk meneruskan rentak kemenangan dan tiada sikap terlalu yakin selepas tiga kemenangan berturuttu­rut sebelum ini.

“Kita perlu menang untuk kekal di atas dan jarakkan mata dengan pasukan lain. Ini hanya dapat dicapai jika pemain kekal fokus dan main habis-habisan. Saya harap pemain dapat melakukann­ya,” katanya.

Ia adalah perlawanan keempat berturut-turut Sabah di tempat lawan atas permintaan Sabah sendiri.

Pada perlawanan kelima, barulah Sabah menajdi tuan rumah untuk pertama kali menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Likas pada 21 Mac.

Senarai 18 pemain yang dibawa terdiri daripada Mohd Sakri Masri, Evan Wensley Wenceslaus, Kelvin Pengiran, Adi Ali, Mohd Aidil Safee, Molhd Syukri Baharun, Mohd Shariman Mukarim, Stanley Sulong, Muhammad Zaki Safri, Ariusdius Jais, Ranilson Batuil, Gerald Gadit, Bellry Renno Ripin, Suhaizan Nazmie Etin, Zulkifly Harun, Mohd Hizaz Lokman, Fedric Fadzly Gusmia dan Joslan Aping.

 ??  ?? JOHNNY
JOHNNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia