Utusan Borneo (Sabah)

21 atlet wakili Sabah di Kejohanan Piala Karate Silent Knight

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 21 atlet membawa cabaran Sabah bersaing di Kejohanan Piala Karate Silent Knight Ke9, 2018 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 10-11 Mac.

Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) Julian Chin berkata, angka itu melibatkan 15 atlet lelaki dan enam atlet perempuan yang akan bertanding dalam kategori remaja.

“Kita tidak meletak sasaran yang pasti di kejohanan itu. Ianya lebih pada usaha untuk pendedahan dan membolehka­n para pelatih ini menimba pengalaman bertanding di peringkat tinggi.

“Sudah tentu kita mengharapk­an ada antara mereka yang akan kembali dengan pingat, tetapi apa yang lebih penting lagi ialah mereka dapat bertarung dengan sepenuh tenaga dan kemahiran untuk kita menilai potensi dan keupayaan mereka untuk terus digilap,” jelas beliau dihubungi Rabu.

Selain penyertaan atletatlet dari seluruh negara, kejohanan dua hari yang mempertand­ingkan kategori veteran, senior, remaja, kadet dan kanak-kanak berumur enam tahun ke atas itu akan disertai oleh 14 negara lain.

Negara-negara yang menyertai terdiri dari Jepun, Iran, Filipina, Nepal, Hong Kong, Vietnam, Uzbekistan, Indonesia, Negara Thai, Bangladesh, Kesatuan Arab Bersatu, India, Sri Lanka dan Singapura.

Atlet lelaki Sabah terdiri dari Mohd Irfan Shah Mohd Fadli Shah, Tan Xian Zong, Shakir Zufayri Tadzul, Mohd Rafiuddin Faiz Razmi, Ican Charles, Brandon Zimito, Shariff Mohd Aznal Baqiah Shariff Muhamad, Muhd Syafieqrul­lah Halim, Darren Rizal Ryan, Shaddad Iqbal Shah Tadzul, Muhd Aiman Azlan, Muhd Akid Azlan, Mark Kevin Frederick, Daniel Milji dan Al Nasrin Faisal.

Atlet perempuan pula terdiri dari Bibi Aysha Muhd Zain, Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi, Nur Radhiah Fathiah Razmi, Nurhanna Nadirah Riduan, Nathalia Sherawinni­e Yampil dan Syasya Nursyahida­h Ali Husin.

 ??  ?? ANTARA atlet karate Sabah semasa sesi latihan di bawah kendalian jurulatih Danny Fredoline (empat kanan) di Main Dojo, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada malam Isnin.
ANTARA atlet karate Sabah semasa sesi latihan di bawah kendalian jurulatih Danny Fredoline (empat kanan) di Main Dojo, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada malam Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia