Utusan Borneo (Sabah)

Pentowa-KBS Sabah sasar juara tarik tali di Brunei

- VITALIS G BINGKASAN Oleh

KOTA KINABALU: Pasukan Tarik Tali Persatuan Tarik Tali Penampang (Pentowa)KBS Sabah memburu gelaran juara di Brunei selepas hajatnya menyertai pertanding­an di Xuzhou, China tidak kesampaian.

Pengurus pasukan, Rainold J Mokujin berkata, mereka akan menyertai Pertanding­an Tarik Tali Jemputan Quadrangul­ar Borneo Inter-Club Brunei pada 9-11 Mac.

“Ia adalah pertanding­an dalam dewan dan Sabah adalah juara Borneo sejak acara itu mula dipertandi­ngkan juga di Brunei pada 2015. Beberapa penarik yang menang pada 2015 juga anggota Pentowa dan mereka telah menjalani latihan secara berterusan.

“Rancangan awal kami adalah mewakili Malaysia ke kejohanan di Xuzhoi China pada 8-11 Mac tetapi tidak kesampaian kerana ia melibatkan kos perbelanja­an yang tinggi dan kami kekurangan dana.

“Oleh itu kami beralih tumpuan ke Brunei yang melibatkan kos perbelanja­an yang lebih rendah. Kami akan pastikan Sabah kekal sebagai jaguh Borneo dengan membawa balik gelaran juara,” kata Rainold.

Kejohanan di Brunei itu dijangka akan disertai beberapa pasukan handalan negara itu termasukla­h pasukan kebangsaan­nya.

Pasukan handalan lain negera itu yang dijangka akan turut mengambil bahagian adalah EWS Brunei, Royal Brunei Air Force, Chainblock TOW Brunei, pasukan Kementeria­n Pembanguna­n Brunei dan Royal Brunei Airlines.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongan pasukan membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Hj Awang Damit Awang Anak di pejabatnya di Wisma Muis dekat sini pada Rabu.

Beliau berharap sukan tarik tali akan terus mendapat perhatian kerajaan untuk dimajukan dan membolehka­n pasukan negeri ini dapat diketengah­kan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Kami juga berharap kemudahan karpet dalam dewan yang digunakan untuk sukan tarik tali indoor dapat disediakan dalam masa terdekat bagi membolehka­n pasukan tarik tali negeri ini membuat persiapan lebih berkesan,” katanya. -

Pentowa-KBS Sabah diketuai Rainold (depan empat dari kanan) bersama Awang Damit (depan lima dari kanan) di KBS Sabah pada Rabu.

 ??  ?? SKUAD
SKUAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia