Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan fours junior Sabah sertai Karnival Bakat Pelapis

- BINGKASAN Oleh VITALIS G

KOTA KINABALU: Persatuan Boling Padang Sabah (PBPNS) turut menghantar empat pemain juniornya menyertai pertanding­an Karnival Bakat Pelapis anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) di Negeri Sembilan pada 8-10 Mac ini.

Empat pemain yang telah dipilih ke pertanding­an itu terdiri daripada Abi Afiq Ahmad, Muhammad Alif Aiman Affendy, Asmirul Arispadill­a dan Muhammad Nurnizam Subper.

“Keempat-empat pemain ini berusia 15 tahun ke bawah. Mereka akan berganding­an untuk bertanding dalam acara fours,” Presiden PBPNS, Datuk Ladislaus berkata, kata Ladislaus.

Beliau berkata, pemilihan pemain itu adalah berdasarka­n prestasi konsisten dan terkini.

“Mereka juga konsisten dan berkerja keras dalam latihan di bawah bimbingan jurulatih PBPNS, Nizam Otoh.

“Walaupun masih muda, mereka telah menunjukka­n persembaha­n cemerlang semasa Sukan Sabah (Saga) 2017 di Sandakan, Disember lalu,” kata Ladislaus.

Katanya, tiada sasaran pingat ditetapkan sebaliknya penyertaan mereka lebih kepada untuk pendedahan dan menimba pengalaman.

“Kalau mereka menang pingat, ia adalah bonus,” kata Ladislaus sambil memberitah­u bahawa pasukan itu telah berangkat ke Negeri Sembilan pada Selasa lalu bersama pasukan triples lelaki dan wanita senior yang menyertai Kejohanan Kebangsaan juga di Negeri Sembilan.

Pasukan triples lelaki terdiri daripada Ag Damit Buang, Mohd Hairi Hamzah dan Junaidih Malintau manakala triples wanita terdiri daripada Rujinah Ajok, Azlina Ekat dan Apsah Abd Rahman.

Sambil itu, empat lagi pemain senior Sabah, Supian Buang, Madri Tahli, Sulaiman Amit dan Muhd Firdaus Sulaiman memikul tugas lebih besar membawa cabaran negara pada kejohanan Tigers Bowls World Invitation di Hong Kong, Shenzen China, Zhuhai China dan Macau pada 9-18 Mac.

Empat pemain itu akan berganding­an untuk bertanding dalam acara fours dan disasarkan membawa balik gelaran juara manakala pasukan triples di kejohanan kebangsaaa­n disasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir. -

 ??  ?? PASUKAN fours junior Sabah yang akan menyertai Karnival Bakat Pelapis MSN di Negeri Sembilan pada 8-10 Mac. (Dari kiri) Abi, Alif, Nizam (jurulatih), Asmirul dan Nurnizam.
PASUKAN fours junior Sabah yang akan menyertai Karnival Bakat Pelapis MSN di Negeri Sembilan pada 8-10 Mac. (Dari kiri) Abi, Alif, Nizam (jurulatih), Asmirul dan Nurnizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia