Utusan Borneo (Sabah)

Arhadin perenang cemerlang

-

LABUAN: Atlet Wilayah Persekutua­n Labuan, A r had i n Prome dinobatkan sebagai Perenang Cemerlang Lelaki Bawah 15 di Kejohanan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2018 yang diadakan di Pusat Akuatik, Sibuga, Sandakan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Kejayaan manis itu diperolehi selepas Arhadin meraih 8 pinga temas menerusi acara 100 meter gaya lentang, 50 meter gaya kupu-kupu, 100m gaya kupu-kupu dan 50m gaya lentang.

Empat lagi acara yang membuahkan pingat emas ialah 200 meter rampaian perseorang­an, 200m gaya kupu-kupu, 4x100m gaya bebas dan 4x100m rampaian.

Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Wilayah Persekutua­n Labuan Rahman Jaffar menyifatka­n kejayaan itu sesuatu yang menakjubka­n buat Arhadin.

Beliau yakin Arhadin akan mampu meraih lebih banyak kejayaan di peringkat yang lebih tinggi termasuk MSS Malaysia.

“A r had ina kan meneruskan latihan intensif bagi meraih lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa ,” kata Rahman yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Pekan Dua Labuan.

Rahman menjelaska­n kejayaan Arhadin yang merupakan rekod pertama di Labuan itu membuktika­n atlet khususnya perenang dari Labuan juga mampu memberikan saingan kepada peserta lain di negeri Sabah.

Arhadin, 14 tahun yang merupakan bekas murid SK Pekan Dua Labuan pada 2016 kini meneruskan pelajarann­yadiSekola­hSukan Sabah di Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? ARHADIN (tengah) berjaya meraih 8 pingat emas di Kejohanan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2018.
ARHADIN (tengah) berjaya meraih 8 pingat emas di Kejohanan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia