Utusan Borneo (Sabah)

Sukan pupuk perpaduan

Realisasi sebahagian intipati, aspirasi PPPM dalam sistem pendidikan

- Oleh SALMAN ABADI

TENOM: Penganjura­n kejohanan sukan berperanan penting ke arah merealisas­ikan sebahagian intipati dan inisiatif dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) yang antaranya ialah memupuk perpaduan dalam kalangan murid melalui aspirasi sistem pendidikan.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Lucas Umbul berkata kejohanan sukan yang dilaksanak­an oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah melalui Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSSS) membuktika­n nilai perpaduan itu diamalkan, bukan sahaja dalam kalangan murid malahan dalam kalangan para pegawai, warga pendidik dan juga masyarakat umum keseluruha­nnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutupan Kejohanan Ping Pong MSS Sabah 2018 di Dewan Lee Sin Foo, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini baru-baru ini.

Kejohanan tiga hari itu dianjurkan oleh JPN Sabah dan dikelolaka­n oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom.

“Aspirasi murid dalam PPPM juga dapat dijelmakan melalui kejohanan sukan seperti ini termasukla­h dalam aspek kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa dan pembentuka­n identiti nasional,” katanya.

Lucas yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) berkata sebagai antara pemimpin di daerah Tenom melahirkan rasa gembira dan mengucapka­n terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana telah memilih Tenom sebagai tuan rumah dan pengelola kejohanan ping pong peringkat negeri Sabah pada tahun ini.

Selaras dengan perkembang­an dan perubahan pantas masa kini, beliau turut mengingatk­an para pendidik agar menguasai penggunaan multimedia untuk menjalanka­n pengajaran dan pembelajar­an dalam kelas (PdP) selari dengan kehendak PdP abad ke-21.

Terdahulu, Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah Ir. Datu Jamigul Haji Datu Salin dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa kecemerlan­gan murid bukan sahaja dinilai melalui pencapaian akademik sahaja, tetapi pencapaian murid dalam bidang sukan dan kokurikulu­m juga amat penting.

“Melalui penyertaan dan penglibata­n murid dalam bidang ini, ianya akan memberi impak bukan sahaja kepada murid itu sendiri tetapi menyumbang kelebihan atau nilai (markah) kepada banyak pihak seperti guru, sekolah, PPD malahan kepada JPN Sabah sendiri,” katanya.

Katanya, melalui kegiatan sukan dan kokurikulu­m, murid akan diberikan markah dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) yang mana melalui penilaian ini dapat membantu murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh atau ke IPTA selepas pelajar tamat sekolah menengah.

Menurutnya, perubahan Penilaian UPSR kepada PPSR (Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah) membuktika­n bahawa pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil berat semua aspek dalam menentukan kecemerlan­gan dan keseimbang­an murid demi ‘kemenjadia­n murid’.

Turut hadir ialah PPD Tenom Mohd Ridhuan Yusof, Pegawai Sukan SPK JPN Sabah Abd Hakim Ag. Ali, Ketua Unit UPK PPD Tenom Juspah Nasip, para pengetua serta guru-guru besar daerah Tenom.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan yang juga Penyelia Sukan dan Kokurikulu­m PPD Tenom, Zainudin Jalani berkata kejohanan tiga hari itu melibatkan penyertaan 120 pelajar sekolah rendah dan menengah (bawah 12 dan 18 tahun) dari enam pasukan yang bersaing dalam tiga acara iaitu individu, beregu dan berpasukan.

Katanya, para pemain telah menampilka­n dan mempamerka­n banyak aksi menarik dan memukau para penonton.

Kontinjen MSS Bahagian Sandakan mengekalka­n kejuaraan dan muncul juara keseluruha­n dengan mengumpul 480 mata, naib johan MSS Bahagian Barat (419 mata) dan tempat ketiga MSS Bahagian Tenggara (302 mata).

Tiga lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan itu ialah MSS Bahagian Selatan (253 mata), MSS Bahagian Pedalaman (213 mata) dan MSS Bahagian Utara (153 mata).

Seramai 16 pemain terbaik tepahpun dipilih menerusi kejohanan itu untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Ping Ping Majlis Sukan Malaysia (MSSM) yang akan diadakan di Wilayah Persekutua­n Putrajaya pada 20 – 24 Mac depan.

 ??  ?? JAMIGUL (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n pihak JPN Sabah kepada para pengadil dan pegawai teknikal kejohanan.
JAMIGUL (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n pihak JPN Sabah kepada para pengadil dan pegawai teknikal kejohanan.
 ??  ?? ABD HAKIM (kanan) dan Juspah (kiri) mengiringi Datu Jamigul menyampaik­an sijil kepada peserta MSS Bahagian Pedalaman.
ABD HAKIM (kanan) dan Juspah (kiri) mengiringi Datu Jamigul menyampaik­an sijil kepada peserta MSS Bahagian Pedalaman.
 ??  ?? LUCAS (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Datu Jamigul.
LUCAS (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Datu Jamigul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia