Utusan Borneo (Sabah)

Sukan, akademik sama penting

Pentaksira­n murid dinilai dari segi akademik dan kokurikulu­m

-

LABUAN: Seramai 700 murid, ibu bapa dan guru telah menjayakan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai kali ke-16 yang diadakan di Kompleks Sukan Wilayah Persekutua­n (WP) Labuan baru-baru ini.

Majlis penutupan kejohanan dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan, Asbollah Amit.

Turut hadir, Yang dipertua PIBG Haji Rahmat Dasiman, Guru Besar SK Pantai Mahani Husin, Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit, Penolong Kanan Kokurikulu­m Abdul Kahar Abdul Rahman, Penolong Kanan HEM Azlina Abdul Garip dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim.

Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin berkata, sesungguhn­ya sukan adalah sama pentingnya dengan akademik.

“Ini bermakna pelaksanaa­n pentaksira­n berasaskan sekolah yang dinilai setiap murid adalah dari segi aspek akademik dan juga kokurikulu­m.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada murid yang mengambil bahagian dalam acara sukan dan perbarisan.

Katanya, semangat kesukanan dan semangat berpasukan ini akan memberi impak yang positif kepada pencapaian akademik murid secara tidak langsung.

Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan akan terus mewakili SK Pantai ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) WP Labuan yang akan diadakan hujung bulan Mac ini.

“Kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru dan muridmurid mencipta kreativiti ke arah persiapan ke kejohanan MSS WP Labuan pada bulan ini,”kata Mahani lagi.

Sementara itu, Asbollah Amit mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua murid dan guru yang mengapliks­i kreativiti dalam pemakaian pakaian dalam perbarisan.

Katanya, kreativiti pemakaian pakaian perbarisan ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang meriah.

Beliau berkata, bidang sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan murid-murid cergas fizikal dan mental.

“Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggun­gjawab, berdisipli­n, jati diri serta mempunyai daya kepimpinan ,” katanya.

Selain dapat menjamin kecergasan kesihatan dan minda, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratka­n silaturahi­m dan muhibah di kalangan warga sekolah.

Sememangny­a aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga adalah cukup penting kepada generasi anak bangsa yang merupakan pewaris nusa tercinta.

Sementara itu, Rumah Hang Tuah meraih johan selepas memungut 22 pingat emas, 19 perak dan 17 gangsa.

Tempat kedua dimenangi Rumah Hang Kasturi dengan 13 pingat emas, 11 perak dan 10 gangsa.

Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Rumah Jebat dan Rumah Hang Lekir selepas masing-masing mendapat 11 pingat emas, 15 perak dan 13 gangsa serta 6 emas, 7 perak dan 13 gangsa.

 ??  ?? AKSI murid pendidikan khas dalam acara 100 meter.
AKSI murid pendidikan khas dalam acara 100 meter.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­N Afiejudin Zainuddin dan Olahragawa­ti Nurul Ain Nazira Azman bergambar kenangan bersama Mahani (kanan) dan Kahar (kiri).
OLAHRAGAWA­N Afiejudin Zainuddin dan Olahragawa­ti Nurul Ain Nazira Azman bergambar kenangan bersama Mahani (kanan) dan Kahar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia