Pasar basah, pusat penjaja MBKS mampu tarik pelancong
KUCHING: Agensi-agensi pelancongan di negeri ini disaran agar memasukkan pasar basah dan pusat penjaja disekitarbandarrayaKuching dalam pakej pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, pasar basah dan pusat penjaja di sini berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama khususnya pelancong asing.
“Saya mendengar ramai orang termasuk pelancong asing memberi ulasan yang sangat baik mengenai pasar basah di bawah pentadbiran MBKS.
“Ada mengatakan ia setanding malah lebih baik daripada pasar basah di negeri lain, saya tidak perlu nyatakannya di sini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama Jawatankuasa Perhubungan Penjaja MBKS di sini, pada Rabu.
Justeruujarnya,pasarbasah harus menjadi sebahagian daripada sektor pelancongan di negeri itu.
Chan berkata, MBKS membelanjakan RM9.6 juta dari 2013 hingga 2017 untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan di pasar basah dan pusat penjaja di bawah pentadbirannya.
Katanya, ketika ini terdapat enam pasar basah dan sembilan pusat penjaja di bawah tanggungjawab MBKS.
Beliau turut meminta penjaja memberi kerjasama baik kepada MBKS terutama dalam aspek kebersihan persekitaran pasar.
“Kita juga meminta kerjasama daripada penjaja agar menjual barangan yang berkualiti dan jangan menipu pelanggan kerana seorang berbuat demikian ia akan menjejaskan imej keseluruhan pasat berkenaan.
“Paling penting aspek kebersihan persekitaran dan diri mesti dipelihara. Setakat ini saya berpuas hati kerana ia sangat baik,” ujarnya.