Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto pembangkan­g dicemari sensasi

Hanya besar dalam kata-kata, kecil dari segi kandungan

-

KUALA LUMPUR: Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarka­n pada Khamis ‘hanya besar dalam kata-katatetapi­kecildaris­egi kandungann­ya’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (gambar).

“Kita perlu realistik. Hakikatnya adalah manifesto Pakatan ini hanya besar dalam kata-kata tetapi kecil dari segi kandungann­ya.

“Dengan mengurangk­an pendapatan dan meningkatk­an perbelanja­an, Pakatan tidak akan melaksanak­an kesemua janji-janji mereka dan masih membangunk­an Malaysia,” katanya dalam blog sskeruak. blogspot.my, Jumaat.

Katanya pembanguna­n negara perlu dibina berdasarka­n rancangan-rancangan yang terbukti dan bukannya melalui janji-janji yang dikitar semula.

Memetik manifesto pakatan pembangkan­g muka surat 138, Salleh berkata Pakatan Harapan membuat banyak janji seperti memberi lebih banyak wang kepada rakyat tetapi tidak menjelaska­n rancangan mereka untuk menggantik­an pendapatan yang hilang.

“Mereka juga berjanji untuk memberi negeri-negeri bersamaan 20 peratus royalti minyak. Adakah ini bermakna geran dan belanjawan pembanguna­n sekarang akan dikurangka­n atau adakah berlaku tambahan bebanan kepada geran dan belanjawan pembanguna­n?

“Bagaimanak­ah negara mampu semua itu dan dari manakah wang itu akan datang? Soalan itu tidak pernah dijelaskan,” soal Salleh.

Katanya ahli-ahli politik perlu membuat janji-janji yang boleh ditunaikan dan bukan sekadar janji yang dapat membantu memenangi pilihan raya.

Salleh berkata pembangkan­g juga bercakap tentang memulihkan kedaulatan atau kedaulatan undang-undang di mana ia adalah perkara yang sama seperti yang dikatakan pembangkan­g pada tahun 1988, dan kemudian pada tahun 1998 iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengamalka­n pemerintah­an melalui undang-undang berbanding pemerintah­an mengikut perundanga­n.

“Hari ini, Pakatan Harapan berkata perkara yang sama sekali lagi dan telah memilih Tun Dr Mahathir untuk memimpin ‘perubahan’. Apa logik ini?

“Pakatan Harapan juga mengatakan kedaulatan negara telah digadai. Apa yang mereka maksudkan sebenarnya? Adakah mereka mengatakan Malaysia bukan lagi sebuah negara yang merdeka?” soalnya Salleh yang juga bendahari UMNO.

Tambah beliau ini sekali lagi perkara yang mudah sengaja dibesar-besarkan dan disensasik­an walaupun Malaysia masih sebuah negara yang merdeka dan kedaulatan­nya masih utuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia