Utusan Borneo (Sabah)

Farid Kamil mengaku tidak bersalah reka keterangan palsu

-

SELEPAS didakwa atas lima pertuduhan antaranya positif dadah dan mendatangk­an kecederaan, pelakon terkenal Datuk Farid Kamil sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam, kali ini atas pertuduhan mereka keterangan palsu dan tidak benar berhubung dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Farid Kamil Zahari, 37, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Dia didakwa mereka keterangan palsu dalam satu laporan polis dengan memasukkan maklumat tidak benar dan laporan tersebut boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbang­an oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Pelakon filem ‘J Revolusi’ itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Damansara, di sini pada 5.54 petang, 31 Januari lepas mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 Kanun yang sama jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, Farid Kamil yang diwakili peguam Faizul Mohd Nasir memohon jaminan rendah atas alasan pelakon itu menanggung isteri, anakanak serta ibu bapa yang sudah tua serta menghidapi pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan.

“Saya juga mohon mahkamah mengambil kira faktor tawaran berlakon, mengarah dan lain-lain yang semakin merudum ekoran beberapa pertuduhan yang dihadapiny­a.

“Turut terjejas adalah kontrak-kontrak daripada syarikat pengiklana­n yang sebelum ini ditawarkan kepada anak guam saya berkemungk­inan akan ditamatkan kerana kontrovers­i ini,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes.

Turut hadir bersama Farid Kamil yang tiba di perkaranga­n mahkamah pada jam 10 pagi adalah adik lelakinya Fadzil Bahari Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Kelmarin, Bernama melaporkan, polis dalam sidang media berkata Farid Kamil membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang didakwa mencemarka­n minumannya dengan dadah sehingga mendorongn­ya berkelakua­n ganas.

Pada 16 Januari lepas, suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Pada 25 Januari pula, Farid Kamil mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor -tetra hydrocanna­binol-9carboxyli­c acid) ke dalam badannya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia