Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat

Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Kerajaan sentiasa mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat ke arah menangani isu penganggur­an yang semakin meningkat di negara ini.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan sedar akan keperluan ini dan sentiasa mencari inisiaitif bagi mengisi kekosongan guna tenaga di negara ini.

Menurutnya, kerajaan dan pihak swasta juga bekerjasam­a mengadakan banyak program dan latihan teknikal dan sebagainya untuk meningkatk­an kualiti dan kemahiran kumpulan pencari kerja di negeri ini khasnya.

“Di negeri ini, selain peluang kerja di jabatan kerajaan, sebenarnya masih terdapat banyak peluang pekerjaan samada di sektor swasta atau bekerja sendiri dalam bidang yang memerlukan kemahiran tertentu, separa mahir dan sebagainya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel kerjaya Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia di sini.

Katanya, kerajaan juga menyediaka­npelbagail­atihan kemahiran dan bantuan kewangan asalkan belia-belia memiliki sikap kemahuan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan golongan belia dan memberi galakan mengikuti pelbagai program dan latihan kerjaya yang sememangny­a memberikan manfaat kepada mereka,’’ katanya.

“Manakala bagi belia-belia yang masih memerlukan latihan kemahiran, penerangan dan atau kerja perlu mengambil peluang yang disediakan untuk mendapatka­n pekerjaan bagi menjamin masa depan,’’ katanya lagi.

Beliau berharap agar program berkenaan akan dapat memberi manfaat kepada belia belia yang ingin mencari pekerjaan di daerah ini.

“Kerajaan dan pihak swasta juga bekerjasam­a mengadakan banyak program dan latihan teknikal dan sebagainya untuk meningkatk­an kualiti dan kemahiran kumpulan pencari kerja di negeri ini khasnya. ” DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? NIZAM semasa menyampaik­an sijil kepada peserta bengkel.
NIZAM semasa menyampaik­an sijil kepada peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia